BLOG INI MENGENAI CERITA ARTIS, CERITA VIRAL , CERITA GOSIP ARTIS , CERITA POLITIK, CERITA PANAS MALAYSIA.
4 Rollercoaster Paling Menakutkan di Dunia
Anda gemarkan aktiviti yang membuatkan anda rasa cemas? Seronok apabila merasakan adrenaline rush?
Sekiranya anda seorang thrill seeker, anda perlu lihat sendiri 10 tarikan taman tema ini yang dikatakan paling menakutkan dalam dunia. Tengok je pun dah rasa real sangat macam nak luruh jantung!
Sekiranya anda seorang thrill seeker, anda perlu lihat sendiri 10 tarikan taman tema ini yang dikatakan paling menakutkan dalam dunia. Tengok je pun dah rasa real sangat macam nak luruh jantung!
#1 "Kingda Ka" di Six Flags Great Adventure, New Jersey, Amerika Syarikat
Roller coaster ini merupakan yang tertinggi di dunia iaitu pada 456 kaki (139 meter). Tengok sajalah titik paling atas di mana kita bakal dijatuhkan tu. Tengok dari jauh pun dah seram, inikan pula kalau naik betul-betul.
#2 "Ultra Twister" di Nagashima Spaland, Jepun
Pusingan dia macam duduk dalam mesin basuh. Harap tak ada penumpang yang muntah.
#3 "Sky Scream" di Holiday Park, Jerman
#4 "Takabisha" di Taman Tema Fuji-Q Highland, Jepun
Ini merupakan ride yang paling curam di dunia yang dijatuhkan pada ketinggian 121 kaki. Ada berani?
10 Pembunuh Bersiri Paling Kejam dan Sadis dalam Sejarah Dunia
Kalau di Malaysia, adakah anda masih ingat lagi kes tergempar pembunuhan ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada tahun 1993 yang telah ditetak anggota badannya sehingga menjadi 18 kerat? Nama Mona Fendi tidak henti-henti menjadi buah mulut masyarakat ketika itu. Dia, suaminya dan pembantu mereka telah disabitkan kesalahan atas pembunuhan kejam yang dilakukan dan Mona telahpun menjalani hukuman gantung sampai mati pada tahun 2001.
Sehingga kini kita masih tertanya-tanya, apakah motif sebenar pembunuhan. Adakah pembunuh seperti Mona ini memang dilahirkan tidak mempunyai sifat perikemanusiaan ataupun mereka mengalami masalah gangguan mental yang kronik? Apa yang ada dalam kepala otak mereka? Kadang-kadang tu nampak muka macam baik-baik aje tapi rupa-rupanya pembunuh.
Kita sering berasa jijik apabila mengetahui perlakuan pembunuh sadis seperti Mona tetapi pada masa yang sama, kita masih tertarik untuk mengetahui apa niat sebenar mereka mahu menjadi "Tuhan" untuk mencabut nyawa orang lain.
Mona menjadi popular selepas membunuh hanya seorang ahli politik yang berpengaruh. Namun, 10 pembunuh bersiri ini telah membunuh puluhan dan ratusan orang, menjadikan mereka pembunuh bersiri paling jahat sepanjang abad ke-20: BERITA SELANJUTNYA DI SINI....
10 Pembunuh Bersiri Paling Kejam dan Sadis dalam Sejarah Dunia
Kita sering berasa jijik apabila mengetahui perlakuan pembunuh sadis seperti Mona tetapi pada masa yang sama, kita masih tertarik untuk mengetahui apa niat sebenar mereka mahu menjadi "Tuhan" untuk mencabut nyawa orang lain.
Mona menjadi popular selepas membunuh hanya seorang ahli politik yang berpengaruh. Namun, 10 pembunuh bersiri ini telah membunuh puluhan dan ratusan orang, menjadikan mereka pembunuh bersiri paling jahat sepanjang abad ke-20:
#10 Ted Bundy
Pada tahun 70-an, Ted Bundy terkenal sebagai salah seorang pembunuh paling kejam di dunia selepas menculik dan membunuh ramai wanita muda dan gadis remaja. Dia dengan berani bertegur sapa dengan wanita-wanita ini di tempat awam yang terbuka, namun akan membawa mereka ke tempat yang sunyi sebelum membuat serangan seksual dan membunuh mereka dengan kejam.
Ted telah memancung leher sekurang-kurangnya 12 mangsa dan menyimpan kepala mangsa di dalam rumah apartmentnya sebagai trofi. Dia telah berjaya diberkas namun berjaya melarikan diri dari pihak polis dan mahkamah sebanyak dua kali. Semasa melarikan diri, dia sempat melakukan tiga lagi pembunuhan!
Walau bagaimanapun, Ted akhirnya ditangkap dan disabitkan kesalahan pembunuhan berganda yang membawa hukuman mati. Dia telah dihukum mati menggunakan kerusi elektrik pada tahun 1989.
#9 Charles Ng dan Leonard Lake
Charles Ng dan rakan subahatnya, Leonard Lake telah merogol, menyeksa dan membunuh antara 11 hingga 25 orang mangsa di sebuah ladang kepunyaan Leonard di California, Amerika Syarikat. Jenayah mereka diketahui umum pada tahun 1985 apabila Leonard membunuh diri selepas ditangkap dan Ng ditangkap ketika mencuri di kedai perkakasan. Polis kemudiannya telah memeriksa ladang Leonard dan menemui tinggalan anggota badan manusia.
Ng membuat percubaan melarikan diri ke Kanada namun dia telah diserah balik kepada Amerika Syarikat dan menjalani perbicaraan pada tahun 1998. Ng dijatuhkan hukuman penjara sampai mati atas 12 kes pembunuhan di Penjara San Quentin.
#8 John Wayne Gacy
John Wayne Gacy telah membuat serangan seksual dan membunuh 33 orang lelaki muda dan remaja lelaki dalam satu siri pembunuhan kejam antara tahun 1972 hingga 1978 di Chicago. Dia akan memancing mangsa datang ke rumah dengan menjanjikan wang atau pekerjaan sebelum membunuh mereka dengan mencekik menggunakan torniquet.
26 mangsa telah ditanam di dalam ruang di bawah rumahnya dan mayat selebihnya dibuang ke dalam Sungai Des Plaines. John telah menjalani hukuman penjara selama 14 tahun sebelum dihukum mati menggunakan suntikan maut pada tahun 1994.
#7 Andrei Chikatilo
Andrei Chikatilo merupakan seorang pembunuh bersiri dari Soviet yang mempunyai gelaran The Butcher of Rostov. Dia telah membuat serangan seksual, membunuh dan mencacatkan sekurang-kurangnya 52 wanita dan kanak-kanak di Rusia antara 1978 sehingga 1990. Setelah ditangkap, Andrei mengaku melakukan sejumlah 56 pembunuhan dan 53 daripadanya dibicarakan di mahkamah.
Ramai ahli keluarga mangsa membuat permohonan kepada pihak berkuasa supaya membebaskan Andrei agar mereka dapat membunuh Andrei dengan tangan sendiri. Namun, Andrei tetap dipenjarakan sebelum dihukum bunuh oleh pasukan penembak pada tahun 1994.
#6 Tommy Lynn Sells
Tommy Lynn Sells telah mengaku membunuh sekurang-kurangnya 70 orang mangsa antara tahun 1985 hingga 1999, menjadikan dia salah seorang pembunuh paling berbahaya di Texas. Pembunuhan yang dilakukan amat sadis, antaranya menikam seorang remaja perempuan berusia 13 tahun sebanyak 16 kali.
Tommy diberkas pihak berkuasa selepas menceroboh masuk ke dalam bilik seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dan menikamnya dan ditinggalkan. Namun, kanak-kanak itu tidak mati dan berjaya menghubungi jiran mereka. Kanak-kanak itu telah memberikan gambaran secara jelas mengenai Tommy yang membawa kepada penahanannya. Tommy kini masih dipenjarakan di sebuah penjara berkeselamatan tinggi di Livingston, Texas dan akhirnya akan menjalani hukuman mati.
#5 Gary Ridgway
Pada tahun 2001, Gary Ridgway telah ditangkap untuk 4 kes pembunuhan namun dia mengaku bahawa dia telah membunuh sekurang-kurangnya 70 orang wanita di seluruh Washington sekitar tahun 80-an dan 90-an. Dia telah diselamatkan daripada hukuman mati dengan memberikan maklumat jelas berkaitan setiap pembunuhan dan membawa pihak polis ke tapak pelupusan mayat setiap mangsa. 5 orang mangsa telah dicampakkan ke dalam Sungai Green yang telah menyebabkan Gary menerima julukan "The Green River Killer."
Gary telah disabitkan kesalahan ke atas 49 pembunuhan dan menjalani hukuman penjara seumur hidup tanpa parol.
#4 Pedro Rodrigues Filho
Pembunuh dari Brazil ini telah ditangkap pada tahun 1973 dan disabitkan kesalahan pada tahun 2003 atas kesalahan membunuh sekurang-kurangnya 71 orang. Pedro Rodrigues Filho telah dijatuhkan hukuman penjara selama 128 tahun walaupun sistem undang-undang Brazil tidak membenarkan sesiapa ditahan melebihi 30 tahun.
Pedro mula membunuh seawal usia 14 tahun di mana dia telah membuar beberapa kes pecah masuk rumah dan membunuh pengedar dadah tempatan. Pada usia 18 tahun, Pedro telah membunuh 10 orang mangsa. Semasa dipenjarakan, Pedro telah mengambil nyawa ayahnya sendiri yang juga merupakan salah seorang banduan di situ. Kemudian, dia telah membunuh 47 orang lagi banduan secara beterusan. Kes-kes pembunuhan berganda ini menyebabkan hukuman penjara Pedro ditambah sehingga menjadi 400 tahun.
#3 Daniel Camargo Barbosa
Daniel Camargo Barbosa ialah seorang pembunuh bersiri yang telah melakukan serangan seksual dan membunuh lebih 150 orang gadis remaja di Colombia dan Ecuador pada tahun 70-an dan 80-an. Setelah melarikan diri dari penjara di Colombia, Daniel mengaku telah membunuh lagi 72 orang remaja perempuan sepanjang tempoh melarikan diri.
Daniel ditahan semula di Quito dan membawa pihak polis ke tempat pembuangan mayat yang belum ditemui. Dia disabitkan kesalahan pada tahun 1989 dan dipenjarakan selama 16 tahun, iaitu tempoh maksimum penjara di Ecuador. Namun, pada tahun 1994, Daniel telah dibunuh oleh seorang banduan yang merupakan sepupu kepada salah seorang mangsa pembunuhan Daniel.
#2 Pedro Alonso López
Pedro Alonso López merupakan seorang pembunuh bersiri kejam dari Colombia yang telah membunuh lebih 300 orang gadis di seluruh Amerika Selatan. Dia menggoda dengan menarik mereka ke kawasan sunyi atau ke dalam bangunan terbengkalai sebelum membuat serangan seksual sebelum mencekik mereka sehingga mati. Pedro ditahan selepas salah satu cubaan menculiknya gagal dan dia terperangkap dengan peniaga pasar.
Dia mengaku membunuh lebih 300 mangsa namun pihak polis hanya mempercayai kata-kata Pedro setelah sebuah kejadian banjir kilat mendedahkan satu kubur ramai yang tersimpan mayat-mayat mangsa. Akhirnya, 53 lagi mayat dijumpai. Pedro disabitkan kesalahan dan dihukum penjara di Ecuador selama 18 tahun sebelum dihantar ke penjara Colombia dan dipenjarakan seumur hidup.
#1 Dr. Harold Fredrick Shipman
Dr. Harold Fredrick Shipman merupakan seorang doktor berbangsa Inggeris dan merupakan seorang pembunuh bersiri dengan bilangan kes antara yang paling tinggi dalam sejarah dunia. Dia telah bertanggungjawab membunuh sehingga 250 orang mangsa.
Sebagai seorang doktor yang dipercayai, Dr. Harold menjadi tokoh yang disegani dalam masyarakat. Namun rakan sekerjanya serta pengurus mayat mula mempersoalkan angka kematian yang tinggi di kawasan itu dan bilangan pembakaran mayat wanita warga emas yang ditandatangan balas oleh Dr. Harold.
Beberapa mayat kemudian telah digali semula dan melalui proses post mortem. Ujian post mortem mendapati kesemua mayat mempunyai kandungan diamorphine dalam sistem badan. Rupa-rupanya Dr. Harold telah menyuntik dos merbahaya yang boleh membawa maut dengan sengaja ke dalam badan pesakit sehingga menyebabkan kematian. Dia kemudian telah membuat dokumen palsu wasiat untuk mendapatkan harta mereka dan mengesahkan pembakaran mayat untuk menghapuskan bukti.
Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup sebanyak 15 kali berturut-turut dan mengesyorkan agar Dr. Harold tidak dibebaskan. Walau bagaimanapun, Dr. Harold telah membunuh diri dengan tali gantung pada tahun 2004 dalam sel penjaranya di Penjara Wakefield.
Menakutkan kan? Yang mana satu anda rasa paling kejam?
Aksi ‘Beauty And The Beast’ Nur Sajat di Laman Instagram undang kecaman netizen
Tindakan lelaki yang mendakwa sebagai teman lelaki kepada pengusaha produk kecantikan, Nur Sajat memuat naik gambar bercium di media sosial menerima kritikan dari netizen. Rata-rata menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak senonoh sambil menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan.
Aksi ‘Beauty And The Beast’ Nur Sajat di Laman Instagram undang kecaman netizen
Terdahulu lelaki yang mengunakan nama sebagai Lanluraza itu memuatnaik gambar sedang mencium Nursajat di akaun Instagramnya.
“HAPPY BIRTHDAY MAMA @nursajat02. Semoga panjang umur murah rezeki.. Enjoy your big day.. Papa sayang mama May god bless you.. Ameen #JanganMengata Fuhhh #23february” – tulisnya melalui status tersebut.
Paling menarik, selain Nur Sajat dan pasangannya itu, mereka yang menyokong tindakan tersebut turut dikecam kerana dikatakan mahu menghalalkan hubungan terlarang tersebut.
“Babi la… ni lebih teruk dari filem beuty and the best yg ada adegan GAY boy tu.. abis.. yang ni.. apehal plak boleh lulus plak kat malaysia.. lahnat betul kaum macam ni.. siap ada macai dia plak tu,” ujar Faizal Nawi.
“Mak ayah dia yg bagitau dia lahir lelaki tapi masa umur 14 xsilap dia start ambil pil hormon..mak ayah xhalang pun. Kalau sapa baru ikuti cite dia baru2 neh, banyak yg dh di twist..dia bukan khunsa atau perempuan. Dia je ngaku khunsa dan baru2 neh ngaku perempuan pulak, dgn surat doc yg fake. So dari situ pun kita boleh agak dh. Harap2 dia berubah la..belum terlambat. Termasuk jantan berbulu yg kiss tu tu..haha, ,” kata Wn Izz Maryam Jamilah.
“Xpyh la puji2 cantik n sokong buat dia rs ape yg dia buat xsalah. Naluri dia lbh kpd pmpuan itu kita xleh nk kate ape urusan dia ngan Allah Taala. Tapi klu showoff hubungan terlarang camni dh kenapa korang dok sokong2 lagi? Pelik la aku dh la yg dok puji n sokong tu pmpuan je yg byk….xphm!,” tegas Hartini Hassan pula.
Nur Sajat atau nama sebenarnya Sajjad Fairiz sebelum ini mendakwa dirinya mempunyai dua kemaluan kerana dilahirkan sebagai seorang khunsa.
Pemilik syarikat Nur Sajat Aesthetic Bhd yang dilahirkan pada tahun 1985 di sebuah hospital di Perak itu berkata kelahirannya itu telah memberi kejutan kepada kedua-dua ibu bapanya serta kakitangan hospital.
Difahamkan, Nur Sajat dibesarkan dengan cara seorang lelaki, tetapi malangnya dia lebih gemar melakukan kerja-kerja seorang perempuan.
Nur Sajat menjelaskan situasi menjadi buruk apabila beliau mula takut untuk pergi ke sekolah dan rasa malu untuk masuk ke tandas kerana tidak mahu orang lain tahu akan dirinya itu.
Bagaimanapun, Nur Sajat berkata beliau bersyukur diberi rezeki yang halal dan dikurniakan dua anak angkat, Nur Syaza Sajidah dan Muhammad Syahmi.
Menurut Nur Sajat, walaupun mereka bukan anak kandungnya, namun beliau tidak terlepas mencurahkan kasih sayang kepada mereka. – omm
Peminat terkejut lihat sisi hodoh David Beckham
David, 41, telah memuat naik sekeping foto kelihatan sangat hodoh dengan muka kemerah-merahan, berparut besar pada wajah sebelah kiri, berjerawat dan bergigi kuning kehitaman.apa yang berlaku sebbenarnya.... BERITA SELANJUTNYA DI SINI...
Peminat terkejut lihat sisi hodoh David Beckham
GARA-GARA solekan wajah ekstrem, bekas pemain bola terkenal David Beckham teruk dikecam peminatnya.
David, 41, telah memuat naik sekeping foto kelihatan sangat hodoh dengan muka kemerah-merahan, berparut besar pada wajah sebelah kiri, berjerawat dan bergigi kuning kehitaman.
Antara komen yang diterima rata-rata terkejut dengan kesan khas tersebut.
"Tidak! Apa yang berlaku pada wajah kamu?" tulis salah seorang peminatnya.
Ada juga komen yang menulis; "Alamak! Ini sangat buruk!"
Tidak lupa juga ada yang mendoakan agar dia cepat sembuh.
Sementara itu tulis David di Instagram miliknya yang memiliki lebih 34.5 juta pengikut; "Hari yang teruk di set @kingarthurmovie @guyritchie."
Difahamkan, David kini sedang menjalani penggambaran filem terbaharu King Arthur: Legend of the Sword yang diarahkan oleh Guy Ritchie.
Selain David, filem itu turut dibintangi oleh Jude Law, Katie McGrath dan Poppy Delevingne. Filem itu bakal disiarkan pada bulan Mei nanti.
Dalam filem tersebut, dia bakal muncul sebagai cameo melakonkan peranan pahlawan jahat bernama Blackleg Leader.
Olahan oleh: Amri Hassan
Sumber: Dailymail, Mirror, IMDB
Biodata Wan Kuzain Wan Kamal Pemain Malaysia Liga Amerika
Biodata Wan Kuzain Wan Kamal Pemain Malaysia Liga Amerika. Siapa kenalWan Kuzain Wan Kamal? Namanya mula menjadi fenomena apabila sejarah tercipta buat anak Malaysia ini telah berjaya membuat kemunculan 'debut' pertamanya selaku pemain profesional dalam Liga Soccer United (USL). Wan Kuzain dipilih untuk membarisi kesebelahan utama Swope Park Rangers menentang OKC Energy, kelmarin (27/3/2017). Siapa sangka anak tempatan yang berusia 19 tahun ini , Kuzain yang pernah mendapat jolokan 'Messi Amerika' BERITA SELANJUTNYA DI SINI.....
Biodata Wan Kuzain Wan Kamal Pemain Malaysia Liga Amerika
data Wan Kuzain Wan Kamal Pemain Malaysia Liga Amerika. Siapa kenalWan Kuzain Wan Kamal? Namanya mula menjadi fenomena apabila sejarah tercipta buat anak Malaysia ini telah berjaya membuat kemunculan 'debut' pertamanya selaku pemain profesional dalam Liga Soccer United (USL). Wan Kuzain dipilih untuk membarisi kesebelahan utama Swope Park Rangers menentang OKC Energy, kelmarin (27/3/2017). Siapa sangka anak tempatan yang berusia 19 tahun ini , Kuzain yang pernah mendapat jolokan 'Messi Amerika' berjaya membantu pasukannya menang ke atas pasukan lawan tersebut. Malah, Wan Kuzain adalah anak kepada seorang profesor di Amerika Syarikat. Jom lihat biodata Wan Kuzain...
Nama Penuh : Wan Kuzain Wan Kamal
Nama Panggilan : Wan Kuzain
Nama Gelaran : Messi Amerika
Umur : 19 tahun (2017)
Tempat Lahir : Amerika Syarikat
Kerjaya : Pemain bolasepak profesional
Kelab : Swope Park Rangers
Dalam laporan di atas ini, nama Wan Kuzain telah tercatat sebagai pemain yang membuat hantaran tepat tertinggi dalam laporan mingguan dalam Liga USL iaitu 96.1%.
Semoga FAM dapat memberikan peluang kepada Wan Kuzain untuk mewakili skuad Harimau Malaysia satu hari nanti....
Biodata Wan Kuzain Wan Kamal Pemain Malaysia Liga Amerika
Nama Penuh : Wan Kuzain Wan Kamal
Nama Panggilan : Wan Kuzain
Nama Gelaran : Messi Amerika
Umur : 19 tahun (2017)
Tempat Lahir : Amerika Syarikat
Kerjaya : Pemain bolasepak profesional
Kelab : Swope Park Rangers
Dalam laporan di atas ini, nama Wan Kuzain telah tercatat sebagai pemain yang membuat hantaran tepat tertinggi dalam laporan mingguan dalam Liga USL iaitu 96.1%.
Semoga FAM dapat memberikan peluang kepada Wan Kuzain untuk mewakili skuad Harimau Malaysia satu hari nanti....
Suami Pelik Kerja Kuat Tapi Duit Tidak Pernah Cukup, Sehinggalah…
Berborak dengan seorang kenalan, bercerita tentang masalah ekonomi. Katanya gaji beliau tak cukup. Nak buat kerja part time tak sempat.
Pendapat saya, kesempitan rezeki itu mungkin bukan berpunca dari gaji, tapi cara perbelanjaan.saya sertakan tips yang pastikan rezeki sentiasa mencukupi setiap bulan... macam mana tue....? TIPS DI SINI.....
Suami Pelik Kerja Kuat Tapi Duit Tidak Pernah Cukup, Sehinggalah…
Berborak dengan seorang kenalan, bercerita tentang masalah ekonomi. Katanya gaji beliau tak cukup. Nak buat kerja part time tak sempat. Duit beliau katanya cukup-cukup untuk dirinya je. Nasib baik isteri kerja, isteri banyak topup. Dia punya semput, sampaikan duit untuk isterinya pun tak bagi. Belanja rumah pun banyak isteri yang keluarkan. Dia nak kena menabung untuk simpanan hari tua katanya.
Pendapat saya, kesempitan rezeki itu mungkin bukan berpunca dari gaji, tapi cara perbelanjaan. Nafkah isteri tak terjaga dan hak isteri dinafikan. Menabung tu penting, tapi harus mengenalpasti apa yang lebih penting.
Hak isteri harus dijaga. Belanja yang paling bagus adalah kepada isteri. Setiap sen yang kita belanjakan kepada isteri adalah sedekah. Semakin banyak kita bersedekah, semakin murah rezeki.
Nabi SAW bersabda;
“Satu dinar yang engkau belanjakan untuk perang di jalan Allah SWT dan satu dinar yang engkau belanjakan untuk isterimu, maka yang paling besar pahalanya ialah apa yang engkau berikan kepada isterimu.” (HR. Bukhari-Muslim)
Kalau nafkah isteri zahir dan batin terjaga, urusan rumah tangga pasti aman. Cuba dulu berikan wang belanja untuk isteri, untuk kegunaan peribadi beliau, bukan hanya wang dapur. InsyaAllah kita akan nampak rezeki kita sebagai suami makin lapang. Dari keluar ke kedai kopi belanja kawan-kawan, baik kita belanja isteri dulu. Dah setel urusan isteri, barulah boleh nak belanja kawan-kawan. Kalau takde kawan nak belanja, ajaklah saya. Saya rela di belanja.
Jangan hairan kalau kau cakap kau kerja bagai gila tapi pelik semua masih tak cukup.. sebabnya kau kedekut dengan isteri.. kau kedekut pada tanggungjawab & amanah kau.. isteri tak mintak 2k sebulan pun.. bagi setakat kemampuan je.. bagi rm50 sebulan pun bini dah seribu rahmat.. keperluan bini tu tanggungjawab kau.. nafkah bini tu asing lagi ye.. tak termasuk sekali duit beli pad ke bra ke ye.. ni tak, jangankan nafkah, pad pun bini beli sendiri.. macam mana rezeki nak murah..
Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!
” Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang.....BERITA SELANJUTNYA DI SINI.....
Bila Tanya Ttg KEKAYAAN. Ini Jawapan Syed Mokhtar Yg Buat Ramai TERDIAM !!!
"Saya pun suka kepada kemewahan. Saya pun suka pergi tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tetapi kita ini hendak mewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?
” Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tetapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
Kita tidak boleh mengagung-agungkan diri kita sangat. Masalahnya sekarang ada yang sudah ke atas tetapi tidak mahu turun ke bawah. Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tetapi tidak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun. Jangan amalkan cara hidup yang tidak boleh ada fleksibiliti.
Saya juga tidak bermain golf kerana kepada saya rasa ia memakan banyak masa. Tetapi tidak semestinya orang yang main golf itu tidak bagus atau orang yang tidak main itu lebih bagus.
Saya pun tidak ada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu benda yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau orang ramai mendapat nikmatnya.
Tetapi pada masa akan datang tidak tahu lagi. Kalau panjang umur saya berniaga ke negara-negara lain dan ketika itu saya memerlukan, mungkin saya akan beli juga kapal terbang. Setakat ini Proton Perdana sudah memadai.
Tetapi orang Melayu umumnya apabila berniaga perkara pertama yang dilakukan ialah beli kereta mewah. ” – TAN SRI SYED MOKHTAR AL-BUKHARY (Mingguan Malaysia 17 Oktober 2004)
Sumber:- FB Syahril A.Kadir
(VIDEO) Penumpang Kapal Terbang Terakam ‘Benda’ Misteri Di Sebalik Awan Jadi Viral
satu rakaman video amatur yang dirakamkan oleh seorang penumpang sebuah kapal terbang yang menjadi tular dilaman sosial.
Video itu diambil ketika penerbangan itu sedang menuju ke Jerman baru-baru ini. Entah benda....BERITA SELANJUTNYA DI SINI.....
(VIDEO) Penumpang Kapal Terbang Terakam ‘Benda’ Misteri Di Sebalik Awan Jadi Viral
Misteri yang berasal daripada Bahasa Inggeris, Mystery bermaksud sesuatu benda atau pekara yang sukar untuk difahami. Misteri juga boleh merujuk kepada sesebuah genre mengenai sesuatu yang sukar untuk difahami dan menimbulkan rasa ingin tahu.
Diantara salah satu misterinya adalah seperti satu rakaman video amatur yang dirakamkan oleh seorang penumpang sebuah kapal terbang yang menjadi tular dilaman sosial.
Video itu diambil ketika penerbangan itu sedang menuju ke Jerman baru-baru ini. Entah benda pelik apa yang terakam ketika itu telah membuatkan ramai natizen ingin mengetahui rahsia disebalik awan tersebut.
Apa yang difahamkan, video itu telah ditonton hampir 200 ribu oleh rata-rata pengguna laman sosial selepas ianya dimuat naik. Untuk lebih lajut, anda saksikan sendiri video dibawah ini.
Suri Rumah Jual Produk Kosmetik Jadi Jutawan Pada Usia 23 Tahun
Bermula pada usia 20 tahun dengan modal RM500 pinjaman dari suami, Nur Aini Zolkepeli mengorak langkah...beliau sertakan juga tips bagaimana untuk menjadi Jutawan pada usia muda.. BERITA SELANJUTNYA DI SINI.....
Suri Rumah Jual Produk Kosmetik Jadi Jutawan Pada Usia 23 Tahun
Bermula pada usia 20 tahun dengan modal RM500 pinjaman dari suami, Nur Aini Zolkepeli mengorak langkah pemulanya untuk menjadi usahawan yang berjaya. Tapi ketika itu dia hanya menjual rumpai laut menerusi Facebook.
"Saya tengok di Facebook, ramai yang jual rumpai laut, saya terus beli tiga bungkus untuk kegunaan sendiri. Alhamdulillah, bagus. Terfikir pula nak jual.
"Waktu tu memang tak ada sesiapa pun ajar (berniaga), saya hentam sendiri sahaja. Saya mulakan bisness dengan modal RM500 pinjam duit gaji suami. Dari situlah kisah bermula.", jelas Nur Aini.
Nur Aini berkata, beberapa bulan selepas itu perniagaan rumpainya semakini berkembang maju, sehinggalah satu masa pasaran rumpai ini mula jatuh.
"Beberapa bulan lepas tu, market rumpai laut semakin jatuh, persaingan harga, daripada rm100 sekilo, ade yang jual sampai rm25 sekilo.
"Bila permintaan rumpai laut semakin menurun, saya tengok ramai pula buat sabun rumpai laut di Facebook saya pun puas berfikir, macam mana nak buat sabun.
"Saya survey mana-mana kilang yang buat, tapi memerlukan modal belas-belas ribu, waktu tu belas-belas ribu dah besar bagi saya, tiba-tiba Allah datangkan seseorang bantu saya ajar macam mana buat sabun. Alhamdulillah tercipta lah sabun Nurraysa." kata Nur Aini menceritakan permulaan empayar bisnesnya.
Bermula dari situ, Nur Aini mula belajar sedikit demi sedikit ilmu perniagaan. Dan ketika ini jualah pelbagai ujian yang datang menimpa beliau sehinggakan beliau terpaksa berhenti seketika bisnes Nurraysa.
"Saya mula di uji dengan pelbagai ujian lepas tu, mungkin nak bagi saya nampak apa itu bisnes, apa yang belum saya buat, apa yang perlu saya buat, Tuhan nak bagi sesuatu yang lebih besar lagi, saya di uji di tahap sampaikan tak ada duit langsung, pernah duit dalam bank, kosong.
"Ujian demi ujian datang, akhirnya bulan Mac 2014, saya ade mesej seorang jutawan muda di Facebook, saya minta kongsi tips-tips yang dia buat. Tapi dia bagi satu tips sahaja. Nak tahu apa tips yg beliau kongsikan? Tips itulah yang saya amalkan, dan selepas itu, hidup saya mula berubah balik sehingga sekarang.
"Tips jutawan muda tu share kat saya, satu je dia bagi, katanya, 'amalkan sedekah setiap hari selama sebulan'
"Esoknya saya terus buat. Ajaibnya tak sampai 2 minggu, hidup saya mula berubah, banyak Allah tunjukkan jalan-jalan, buat apa-apa pun mudah je… Allah kenalkan dengan orang hebat-hebat. Subhanallah," cerita Nur Aini.
Selepas itu, Nur Aini mula menceburi bisnes dengan lebih serius dan mula menghadiri pelbagai kursus untuk keusahawanan. Dia juga memulakan kembali bisnes Nurraysa.
Hasil dari kecekalan Nur Aini, bisnesnya kini mempunyai lebih 4,000 ajen dan stokis. Malah, dia juga mampu menjana penjualan melebihi RM 1 juta untuk sebulan. Kisah menarik Nur Aini ini juga telah dikongsikan oleh media-media cetak dan televisyen.
"Alhamdulillah kini jualan sebulan dah berjuta-juta, dah keluar iklan di TV3 setiap hari, iklan di radio THR & IKIM setiap hari, talkshow di TV Al-Hijrah setiap minggu pada hari Khamis dan Jumaat, dan WHI, billboard dah pasang 123 buah di seluruh semenanjung malaysia.
Lebih dari itu, Nur Aini juga menyatakan bahawa berbelas-belas stokis besarnya berjaya menjana jutaan ringgit setahun hasil penjualan Nurraysa.
Biarpun sudah berada di tahap berjaya, Nur Aini tidak lupa daratnya dan terus membantu usahawan-usahawan di luar sana yang masih dalam proses mencuba untuk berniaga. Di laman Facebooknya, Nur Aini selalu berkongsi tips-tips perniagaan dan juga cerita kejayaan bagi menaikkan semangat usahawan-usahawan muda.
6 Pembelian Terburuk Alex Ferguson Bersama Manchester United
Tidak dinafikan lagi Sir Alex Ferguson terkenal dengan kebijaksanaan beliau menguruskan Manchester United dan juga bakatnya mengesan dan merekrut pemain bertaraf dunia.
Ini antara 10 pembelian pemain yang terburuk yang dilakukan beliau ketika bersama Manchester United.BERITA SELANJUTNYA DI SINI.....
Hina Islam, Nabi Dan Ulama Di Instagram....
Umat Islam kembali geram kerana salah seorang warga...... BERITA SELANJUTNYA DI SINI.....
Hina Islam, Nabi Dan Ulama Di Instagram....
Diketahui bahwa pemuda penghina Islam tersebut telah ditahan oleh Polda Riau dan mengakui telah melakukan penghinaan di Instagram. Ia pun meminta maaf kepada segenap umat Islam.
“Tadi sudah mengaku dia, dia yang membuat. Saya temui tadi,” kata Kapolda Riau Irjen Pol Drs Zulkarnain Adinegara di Kantor Direktorat Reserse Kriminal Khusus Polda Riau, Kamis (23/3/2017) siang, seperti diberitakan datariau.
Meski telah meminta maaf, Irjen Zulkarnain mengatakan bahwa proses hukum tetap berlanjut dan sejumlah alat bukti serta pemeriksaan pun terus dilakukan guna menemukan unsur pidana.
“Kalau ditetapkan tersangka belum, kemungkinan tunggu hasilnya besok. Namun unsur terjadinya penistaan agama sudah mengarah ke sana, kemungkinan besok ditetapkan tersangka,” sebut Zulkarnain.
Disebutkan oleh Kapolda Riau bahwa aksi yang dilakukan oleh Sonny merupakan tindakan balas dendam lantaran ada muslim yang menghina agamanya.
“Jadi sebelumnya dia menyebut ada orang yang menghina agamanya. Kemudian membuat hal serupa melalui media sosial,” sebut Zulkarnain.
Pihak kepolisian Riau pun berharap agar masyarakat tidak terpancing emosi dalam kasus ini dan tetap menjaga ketertiban di lingkungan masing-masing. Sementara itu pihak FPI Kota Pekan Baru yang diwakili Ustad Husni Thamrin mengaku sudah memaafkan Sonny. Namun ia meminta agar proses hukum tetap berlanjut.
“Secara pribadi saya memaafkan, tapi secara umum ini menyangkut persoalan umat. Harapan diproses sesuai aturan berlaku,” sebut Husni yang mengaku sudah berbicara dengan Sonny Suasono Pangabean bersama Kapolda Riau.
Sebelumnya pihak FPI dan Laskar Pembela Islam mendatangi Mapolda Riau untuk membuat laporan secara resmi. Mereka pun meminta agar kepolisian tidak setengah hati menangani kasus ini agar tidak muncul penista agama islam lainnya.
“Jika dibiarkan akan muncul penistaan agama lainnya,” tegasnya.
Bawa Awek Naik Limo, Bapa Kau Bagi Tidur Dekat Toto? Neraka La Jawab Ye
Lelaki bernama Hafiz Mahamad ini dikutuk oleh beberapa pengguna yang mengatanya dan menuduhnya secara melulu.
Kahkahkah awek naik limo, ayah duk rumah kosong - kata seorag wanita.
Woa awek naik limo, bapak tido dekat toto - kata seorang lagi wanita
Kata kata negatif ini menyebabkan Hafiz naik angin dan memberi penerangan sebenar... BERITA SELANJUTNYA DI SINI.......
Bawa Awek Naik Limo, Bapa Kau Bagi Tidur Dekat Toto? Neraka La Jawab Ye
Lelaki bernama Hafiz Mahamad ini dikutuk oleh beberapa pengguna yang mengatanya dan menuduhnya secara melulu.
Kahkahkah awek naik limo, ayah duk rumah kosong - kata seorag wanita.
Woa awek naik limo, bapak tido dekat toto - kata seorang lagi wanita
Kata kata negatif ini menyebabkan Hafiz naik angin dan memberi penerangan sebenar.
Hafiz Mahamad memberitahu sebenarnya, ayahnya sudah biasa tidur di atas tilam toto sejak dari dulu lagi.
Manakala rumah itu kosong kerana hanya merupakan rumah sewa untuk memudahkannya mereka sekeluarga datang tidur di Kuala Lumpur.
ini komen balas:
Meh sini aku bagi kau famous. Ini namanya nak judge takda akal. Abah aku ni dari dulu sampai ke sekarang tak suka tidur atas katil, sakit sakit badan. Apa yg benda ni nak jadi issue? Kau nak maki aku nak sekolah kan aku, silakan. Jangan family aku. Orang yg macamni aku rasa lahir lahir terus atas katil besar. Wahai cik adik, awak ni kena belajar tidur longgok, tidur depan kipas pacak. Baru kau berjaya esok2, kau tahu dari mana kau start. Sape yg judge aku tak mewahkan family tu, aku jemput raya silalah datang rumah. Otak cuba jangan jadi sempit cik adik. Kau judge aku takde masalah, kau nak hina aku takda masalah. Jangan kau hina orang yg ajar aku tentang hidup. Kau sekadar tengok gambar, jangan cara kau macam dah kenal aku 10 tahun. Awak tu perempuan, mulut jangan puaka. Baik kau pergi belajar and cari apa kau nak buat future nanti.
Hafiz telah memberi kenyataan beliau ya. Harap netizen jagan cepat menghukum seseorang tanpa usul periksa...
Akhirnya Bapa & Teman Wanita Dihukum GANTUNG, Tapi.......
Mohd. Imran Mohd. Ramly, 34, dilihat bersalaman dengan ahli keluarga dan rakannya sementara teman wanitanya, Norhidayah Mamid, 30, kelihatan mengalirkan air mata sewaktu mendengar hukuman dia turut dijatuhi hukuman sama atas kesalahan serupa dan bertindak.. BERITA SELANJUTNYA DI SINI...
Akhirnya Bapa & Teman Wanita Dihukum GANTUNG, Tapi.......
Mohd. Imran Mohd. Ramly, 34, dilihat bersalaman dengan ahli keluarga dan rakannya sementara teman wanitanya, Norhidayah Mamid, 30, kelihatan mengalirkan air mata sewaktu mendengar hukuman dia turut dijatuhi hukuman sama atas kesalahan serupa dan bertindak menutup mukanya.
Hakim Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd. Imran dan Norhidayah yang memakai blazer warna hitam dan tudung berwarna-warni setelah kedua-dua tertuduh itu didapati bersalah membunuh Muhammad Aqeef Adam Mohd. Imran.
Kejadian didakwa berlaku di rumah bernombor A 2-22 Apartmen Sri Putra, Jalan Meranti 7, Kulai, antara pukul 12 tengah malam, 16 Disember 2013 dan pukul 6.45 petang, 19 Disember 2013.
Mengikut keterangan kes, kanak-kanak itu dipercayai didera oleh pasangan berkenaan dalam tempoh tersebut hingga menyebabkan kematiannya pada 19 Disember 2013.
Mohd. Imran yang diwakili peguam Normah Mohd. Desa sementara Shahruddin Osman mewakili Norhidayah, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama-sama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Hakim Sequerah memutuskan demikian terhadap Mohd. Imran, bekas pengurus sebuah syarikat dan Norhidayah yang tidak bekerja selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan tersebut pada akhir kes pembelaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)