Saya Ada Sejuta Sebab Kenapa Tidak Pergi Melawat Ibu Saya Meninggal Dunia

Pada Februari yang lepas, ibu Azwan Ali telah meninggal dunia dan Azwan Ali dikatakan tidak melawat langsung jenazah apatah lagi berada di kubur arwah ibunya.


Disebabkan tindakan Azwan Ali tersebut, ramai netizen mengutuk Azwan sebagai anak derhaka kerana sanggup tidak menjenguk arwah ibunya walaupun sudah meninggal dunia.

 

 

Akhirnya Azwan Alu tampil memberi penjelasan kenapa dia tidak melawat arwah ibunya dan tidak hadir semasa majlis pengebumian arwah dalam rancangan Melodi sebentar tadi.

“Memang Azwan Ali tak pergi langsung bila Maknya sendiri meninggal dunia… Saya ada sejuta sebab kenapa saya tidak langsung menghadiri..

Saya tak pergi melawat jenazah dan saya tidak berada di tanah perkuburan, tetapi saya akan menjawab dengan Allah SWT sebab Allah Maha mengetahui kenapa saya tidak berada di sisi jenazah” – Azwan Ali

 Biar dia jawab dengan Allah sebab Allah Maha mengetahui. Ingat ya, syurga terletak di bawah telapak kaki seorang ibu