GAMBAR EHSAN - HARIAN METRO-
Kuala Terengganu: Lelaki dikenali sebagai Apree@Apri Mamat berusia lingkungan 20-an kini diburu polis bagi membantu siasatan berkaitan kes bunuh wanita warga Thailand di Kampung Che Jah, Binjai Rendah, Marang, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, suspek yang juga berasal dari Thailand itu turut dikenali sebagai Awi.
Menurutnya, lelaki berkenaan kali terakhir dilihat menunggang motosikal milik suami mangsa jenis Honda EX5 merah bernombor pendaftaran TBK 2489.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya diminta dapat menghubungi balai polis berdekatan untuk diambil tindakan selanjutnya," katanya.
Semalam, Hayimatiyoh@Sharipah, 35, yang juga peniaga pasar malam dan ibu tunggal ditemui mati dengan sembilan kesan kecederaan di kepala kira-kira 7.30 malam di dapur rumahnya.