Budak sekolah dari Kelantan ini nak mencabar kesasaan dan kemantapan otot bekas juara 9 kali Mr. Universe iaitu Sazali Samad. Baru berusia 17 tahun, anak muda ini dikatakan mempunya saiz otot sama besar dengan Sazali dengan menu harian hanya sekeping….Budak sekolah dari Kelantan ini nak mencabar kesasaan dan kemantapan otot bekas juara 9 kali Mr. Universe iaitu Sazali Samad. Baru berusia 17 tahun, anak muda ini dikatakan mempunya saiz otot sama besar dengan Sazali.
Pelajar tingkatan lima dari SMK Dato’
Mahmud Paduka Raja 1, Kelantan bukanlah sekadar pelajar biasa yang
seusia dengannya. Beliau telah banyak menghabiskan masa di gymnasium
untuk membina biceps dan triceps yang mengalahkan jagoan bina badan yang lain.
Ramai netizen berpendapat bahawa beliau
seharusnya membiarkan badannya membesar pada suatu tahap dewasa dahulu
sebelum membina badan keterlaluan seperti ini, kerana bimbang terlalu
memberi tekanan untuk otot-otot membesar secara abnormal. Namun, ini
hanyalah pandangan mereka yang mungkin “jealous” dengan anak muda ini.
Namun bagi tuan empunya badan, Muhammad
Fauzan bin Abd Rashid, kata-kata cemuhan dan tohmahan dari pelbagai
pihak bukanlah satu penghalang untuk beliau terus membina badan dan
memasang impian menjadi seorang ahli bina badan terkenal seperti Sazali
Samad dan Ronnie Coleman.
Lihat saja lengan anak muda ini, memang berurat selirat seperti mana jaguh Mr Universe Sazali Ahmad, pada usia seremaja ini:
Ternyata usaha dan dedikasi berterusan boleh membawa anak muda ini ke
persada yang tinggi. Kami doakan cita-cita adik Fauzan untuk menjadi
ahli bina badan professional kesampaian.