KEJAM! Tikam Anak Sendiri Sehingga Perut Terburai.

Meroyan adalah satu masalah tekanan emosi dan gangguan perasaan yang sering dialami oleh wanita sewaktu atau selepas berpantang. Wanita yang mengalami masalah ini seringkali menghadapi masalah untuk tidur, kepenatan, stress dan mudah marah.
Baru-baru ini di Indonesia, seorang ibu sanggup menikam anak sehingga perut terburai dipercayai akibat meroyan ditinggalkan suami. Memang ngeri gila tengok gambar mayat kanak-kanak tersebut. Doktor ini tampil menerangkan 3 peringkat meroyan yang para suami wajib tahu!


Kenapa ada ibu sanggup tikam anak sendiri?
Hari ni mood saya agak suram. Mana tak suram bila terbaca berita tergempar yang mana seorang ibu sanggup tikam anak sendiri bertubi tubi sebanyak 20 tikaman! Dan salah satu tikaman tu menyebabkan usus anaknya terburai keluar!
Saya sedih tapi saya tak pelik. Dalam dunia perubatan benda ni sebenarnya memang wujud. Penyakit ni dinamakan Pospartum Psychosis. Orang Melayu kita biasa panggil Meroyan.
Dalam dunia perubatan ada 3 peringkat penyakit yang kita biasa sebut Meroyan ni.
1. Baby blues
Baby blues ni kiranya level meroyan paling rendah la. Biasanya berlaku dua tiga hari lepas bersalin dan boleh berlanjutan sampai dua minggu lamanya.
Benda ni agak biasa la untuk ibu yang baru beranak pertama kali kan. Yela, malam yang dulunya sunyi sekarang dihiasi tangisan bayi kecil yang nyaring dan kuat tu sampai ke pagi. Dengan jadual waktu tidur si ibu yang entah ke mana dan ditambah lagi dengan suami yang tak reti nak membantu memang la si ibu jadi mudah stress. Suami yang nampak tahi hijau baby pun dah muntah hijau memang membuat si ibu bertambah stress.
Tanda-tanda si ibu dah kena baby blues ni adalah :
+ mood swing
+ mudah cemas
+ selalu menangis
+ kurang selera makan
+ susah tidur

SAMA2 KITA AMBIL IKTIBAR YA. KEPADA PARA SUAMI, BANTULAH ISTERI ANDA....