Saya sedia terima teguran tapi…
Agak terkejut juga saya bila timbul isu berkenaan iklan yang dikeluarkan untuk Produk “Magic Wax” D’herbs di Akhbar Sinar Harian baru- baru ini. Lebih- lebih lagi perkara tersebut ditegur secara terbuka oleh Tuan Nik Mohamad Abduh di laman Facebook beliau. Pertama sekali, saya amat berterima kasih di atas teguran yang diberikan kerana teguran tersebut amat berilmiah dan siapalah saya untuk menandingi ilmu agama yang ada pada beliau. Saya akui saya memang tidak ada masalah di atas nasihat yang telah diberikan cuma saya agak terkilan apabila mendapat beberapa respon dan persepsi negatif daripada masyarakat umumnya. Saya sebagai seorang usahawan kosmetik yang membawa jenama D’herbs terutamanya terpalit dengan kecaman mahupun komen- komen tidak membina hasil daripada teguran secara terbuka yang telah dibuat. Sejujurnya, syarikat saya ternyata bertungkus- lumus untuk meningkatkan dan mempertahankan perniagaan kami dalam keadaan ekonomi yang tidak memberansangkan, pelbagai inisiatif yang dilaksanakan dari segi pengiklanan untuk menarik minat pelanggan namun apabila perkara ini terjadi, jenama D’herbs serba- sedikit dipandang negatif oleh masyarakat. Sesungguhnya, bukan mudah untuk saya membina perniagaan dan bertapak dalam dunia kosmetik ini. Tidak mudah juga untuk saya menempuh segala dugaan dan cabaran bersama- sama tulang belakang syarikat sehingga namanya dikenali kini.
Namun bak kata orang, “meruntuhkan sesuatu itu lebih mudah daripada membinanya”. Perkara ini sebenarnya yang menjentik hati saya untuk berbicara. Bagi saya, lebih molek sekiranya saya ditegur secara peribadi berbanding secara terang- terangan agar perkara tersebut tidaklah memalukan. Saya faham niat beliau adalah amat murni agar saya menambahbaik pengiklanan yang akan dikeluarkan pada masa akan datang tetapi maruah saya dan D’herbs terutamanya tidak perlulah diperkecilkan sebegitu.
Saya percaya bahawa menegur itu biarlah kena pada tempatnya dan tidak sampai mengaibkan. Saya berpegang pada satu kata- kata, “Menegur jangan sampai menghina, mendidik jangan sampai memaki…”
Buat akhirnya, segala yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu adalah dari sy.
BLOG INI MENGENAI CERITA ARTIS, CERITA VIRAL , CERITA GOSIP ARTIS , CERITA POLITIK, CERITA PANAS MALAYSIA.
Maruah Saya & D’herbs Tak Perlu Diperkecil – Datuk Aliff Syukri
Hari ini, Datuk Aliff menerusi akaun Instagram miliknya mengeluarkan kenyataan beliau menghormati teguran itu namun terkesan dengan komen negatif yang diterima daripada netizen dek kerana teguran itu.