BUNUH PEROMPAK: Mahkamah KEKAL Tuduhan Zulkifli.. Yang Membawa Hukuman MATI Atau Penjara 20 Tahun
Susulan kes bunuh perompak, Mahkamah
Sesyen di Kemaman hari ini mengekalkan pertuduhan dan menetapkan 21
Februari untuk sebutan kes seorang peniaga yang didakwa membunuh dan
mencederakan 2 lelaki di Kampung Labohan Kerteh, bulan lepas. Bicara
akan dilakukan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Hakim Rofiah Mohamad menetapkan tarikh
berkenaan setelah membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya
Syazwani Zawawi untuk melengkapkan semua dokumen sebelum kes dipindahkan
ke Mahkamah Tinggi.
Pada 27 Disember lalu, Mohamad
Zulkifli Ismail, 50, didakwa membunuh Zulkefle Abdullah, 38, di kawasan
rumah tidak bernombor, Kampung Labohan, Kerteh, di sini pada 10.30 pagi,
7 Disember lalu.
Tertuduh yang mempunyai 3 anak itu
didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman
gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
[Baca Artikel Berkaitan – Bunuh Perompak, Zulkifli Bakal Digantung]
Tiada sebarang pengakuan direkodkan bagi pertuduhan tersebut.
Sementara itu bagi pertuduhan ke-2,
Zulkifli mengaku tidak bersalah menyebabkan cedera parah ke atas Faizul
Awang, 31, dengan menggunakan sebilah parang di tempat dan tarikh yang
sama.
Bagi kesalahan itu dia didakwa
mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara
maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.
Kes Zulkifli yang mempertahankan diri
dan keluarga daripada rompakan menjadi viral di laman sosial hingga
wujudnya kumpulan tertentu yang dikatakan membela tertuduh.
Pertuduhan dikekalkan.Bicara akan dilakukan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.Tarikh bicara 21 Februari.Maaf kami terlalu sedih. Ulasan lanjut selepas kami tenangkan diri. Hanya satu berita yang agak baik iaitu proses agak “cepat” berbanding kes 302 yang lain kerana tekanan viral anda semua.Terima kasih atas sokongan.Terus melangkah!#SelamatkanZulkifli#KeluargaZulkifliKeluargaSaya
Ketika prosiding, Mohamad Zulkifli
yang kelihatan tenang di kandang tertuduh sempat memberitahu mahkamah
bahawa beliau tidak menggunakan parang, sebaliknya menggunakan golok.
Zulkifli diwakili peguam Ariff Azami Hussein.
Di luar mahkamah, selain anggota keluarga, kelihatan juga beberapa orang hadir untuk solidariti.