Jamal dakwa dicampak beg ada duit RM1 juta
Jamal Md YunosTerperanjat dengan kejadian itu, Jamal berkata, beliau mencampakkan kembali beg tersebut kerana percaya bahawa tindakan menyerahkan wang tunai sebanyak itu kepadanya kerana ada agenda tertentu.
Dakwa Jamal lagi, duit itu mungkin ada kena mengena dengan tindakannya yg aktif menyerbu pusat judi.
"Saya menerima banyak pangilan oleh tauke mesin judi. Untuk berjumpa dengan saya dan menawarkan wang ringgit juga bayaran setiap bulan dengan jumlah yang sangat memeranjatkan saya.
"Dan baru sebentar tadi saya tersempak atau diekori dan diberikan sebuah beg yang dikatakan berisi RM1 juta. Dan saya mencampakkan kembali beg tersebut kepada tauke judi itu. Tujuannya untuk membeli saya," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Jamal berkata beliau bukan individu yang mudah dibeli.
"Insya-ALLAH saya bukan orang yang mereka sangkakan. Kegiatan kedai mesin judi di Selangor dan seluruh negara perlu dihapuskan," katanya lagi.
Jamal pada 23 Disember lalu membuat kejutan apabila beliau bersama-sama puluhan pengikutnya menyerbu sebuah pusat mesin permainan judi elektrik di Pekan Sekinchan.
Serbuan yang dibuat Jamal kira-kira jam 4 petang itu menyebabkan penjaga pusat itu dan beberapa pelanggan mereka bertempiaran lari.
Jamal juga pada 29 Disember lalu sekali lagi bertindak menyerbu pusat judi, kali inib di Ampang pula.
Serbuan itu dibuat jam 3.45 petang ke atas rumah kedai premis perjudian di Jalan Kosas 1, bersama kira-kira 100 pengikutnya daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Difahamkan, serbuan itu telah mengejutkan beberapa pengunjung yang leka bermain mesin judi dalam talian dan penjaga kedai.