Maksud setiap elemen
Final Album cover
inilah album cover yg final aku suruh faizal stop dari tgk ref lg sebab klu tak dia kan nak ubah lg hahaha, di sini aku akan listkan element2 dia agar korang semua tahu ape maksudnya1. kuda kembar hitam dan putih dan bertompok – simbolik kepada yin dan yang dan tahun kelahiran faizal, tahun kuda.
2. budak surf diatas spaceship – aku menggambarkan the next generation, dan how creativity dan inspirasi mampu menjana minda generasi akan datang.
3. Purdah Women – simboliknya ialah “All the world weight in a woman shoulder”, sarang burung diatas kepalanya menggambarkan keluarga yang di jaga dan diasuh, bakul rotan yg dipenuhi air ialah ketabahan seorang wanita, ikan paus melambang kan betapa beratnya pengorbanan mereka
4. Air Balloon – keseronokan dan happiness seseorang apabila dapat melihat dunia dengan perspective yang berbeza.
5. Peace Sign – di ambil dari graffiti Banksy dan dari peace sign berpecah menjadi rama2 simbolik kepada spread the peace with love.
6. Floating teacup – trippy alice in wonderlang sebab faizal suka movie tu dan aku menggambarkan cawan itu sebagai kehidupan seseorang yang akan penuh apabila dituangkan air, aku rase aku dpt idea ni dari a chinese proverb tak engat yg mana.
7. TV children in a piano road – inspirasi dari Banksy graffiti, kanak2 tu melambangkan generasi sekarang yg dipengaruhi dgn media masa, ade satu mata kat situ klu korang perasan aku bayangkan itulah the secret hand that dictate our life.
8. Scene Faizal nyanyi di syria – scene faizal nyanyi bermuka arnab rasenye maksud idea ni ialah faizal as entertainer aku pun tak ingat sgt hehehe
9. Banksy flying girl – di ambil dari graffiti banksy melambangkan kanak2 yang memerlukan dorongan dan support dari kita ni yg dewasa utk mereka terbang jauh
10. Sayap Liverbird – sayap dan ekor liverbird ikon kepada Liverpool football team fav faizal, at the same time aku nmpk sayap tu bermaksud melindungi semua yang faizal sayang family dia, career dia dan fans dia
11. Galaxy – ok aku tak ambil ni galaxy mana aku cuba bayangkan another solar system yang lain dgn habitat yang lain melambangkan betapa besarnya ciptaan Nya
12. Assalamalaikum in jawi – ok ramai orang kata tu tatu jawi tapi sebenarnya aku create dia as urat di tgn faizal melambangkan agama yang mengalir di dalam badannya
13. Kubah Al Aqsa – melambangkan perjalanan faizal itself dlam humanitary cause
14. Atom dengan blood pallete – melambangkan betapa penuh seninya Allah mencipta kita dari zarah2 yang kita tak mampu lihat dgn mata kasar
15. Nombor “99” dan “66” – kanan aku tulis 99 jumlah Asma ul Husna dan kiri 66 nombor yg manusia sgt suka relatekan dengan kejahatan atau evillll. heheheh
*baru di add in – tgk dekat bawah bendera malaysia dan bawah horizon kl city bleha kiri dan kanan
sekian itu adalah sebahagian dari element penting yang faizal ingin tonjolkan album ini melambangkan tentang kehidupan dia, pengorbanan dia, perjalanan career seni dia dan kepercayaan dia utk dikongsi dengan peminat2 dia.
design ini boleh dilihat dari sudut positif mahupun negatif ia merupakan satu ujian paras minda kita sendiri sama ada mahu melihat yang baik atau yang buruk. bagi aku isu faizal tidak berbaju merupakan satu perkara yg sgt berani kerna faizal tak bg aku edit langsung badan dia kerna dia menhargai kelebihan atau kecacatan yang telah di kurniakan oelh Nya.
Overall aku tak sangka design in akan viral walaupu kami dah bersedia utk dikecam oleh pihak yg tidak faham akan maksud dan erti design ini, tetapi aku sgt gembira kerna design ini telah membuka mata byk pihak dalam memahami konteks seni dari sudut yg berbeza
dan aku harap agar lepas ini karya2 dari penggiat seni musik yang lain akan lebih berani dlm berkarya agar ia akan menghidupkan kembali kecerian industri musik tanah air kita
sekian terima kasih diatas sokongan semua, maaf jika ade yg aku terlupa nak sebut element dia maklumlah byk sgt heheh
Yours trully
Dannyhan miskam.
Rujukan ‘design’