Aksi Di Ranjang Rusdi Ramli Dan Nora

Nama Nora Danish dan Rusdi Ramli jadi panas gara-gara kontroversi yang tercetus menerusi adegan lakonan mereka berpelukan tanpa berbaju dalam filem Mencari Cinta.
Bagi Nora, dia tidak kisah apabila isu itu diperbesar-besarkan kerana dia sudah lali dan sentiasa dikaitkan dengan pelbagai gosip. Malah dia sedikit pun tidak risau dengan hal itu kerana menganggap ia tidak mengganggu prestasi kerjanya.

Menurut kata Nora Danish:
“Dalam filem itu saya bukannya bogel pun. Cuma lakonan kami sahaja nampak mesra sebagai suami isteri. Lagipun, mengenali Rusdi di set penggambaran, dia seorang yang sangat peka dengan setiap pergerakan dan lakonannya. Malah dia akan melihat apa kepentingannya dia berlakon sebegitu dalam sesebuah filem. Saya harap masyarakat tonton dahulu sebelum memberi komen.”
Namun begitu, dia berasa kasihan terhadap ‘suaminya’, Rusdi Ramli berharap pihak lain memberikan ruang kepad aktor berkaliber itu bersendirian sehingga isu tersebut reda.
“Saya faham dengan situasi Rusdi. Walaupun dia seorang pelakon senior, rasanya belum pernah lagi dia terkena kontroversi seperti ini. Saya percaya dia terkejut dan tidak tahu nak buat apa-apa sehinggakan dia tidak hadir ke majlis tayangan perdana filem ini pada Khamis lalu.”