Selepas Nasi Lemak Anak Dara, kini perniagaan menjual cendol di Ipoh pula mencuri perhatian netizen di negara ini seterusnya menjadi viral di media sosial.
Beberapa keping foto yang memaparkan lelaki terbabit - dalam keadaan sedang membungkus cendol - mencuri perhatian ramai di laman Twitter.
Menurut pemuat naik gambar terbabit yang dikenali sebagai Farah Liyana, sesiapa yang datang ke Ipoh patut mencuba cendol lelaki berkenaan.
"Bukan senang nak cari cendol yang sedap and tukang buat dia handsome! Only in ipoh!! So sesiapa yang pergi ipoh you should try this cendol😍", tulis Liyana.
Bersama kapsyen itu, Liyana memuat naik empat foto lelaki berkenaan: