Budak sekolah SADO cabar Mr. Universe, Sazali Samad



Budak sekolah dari Kelantan ini nak mencabar kesasaan dan kemantapan otot bekas juara 9 kali Mr. Universe iaitu Sazali Samad. Baru berusia 17 tahun, anak muda ini dikatakan mempunya saiz otot sama besar dengan Sazali dengan menu harian hanya sekeping….Budak sekolah dari Kelantan ini nak mencabar kesasaan dan kemantapan otot bekas juara 9 kali Mr. Universe iaitu Sazali Samad. Baru berusia 17 tahun, anak muda ini dikatakan mempunya saiz otot sama besar dengan Sazali.

Pelajar tingkatan lima dari SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja 1, Kelantan bukanlah sekadar pelajar biasa yang seusia dengannya. Beliau telah banyak menghabiskan masa di gymnasium untuk membina biceps dan triceps yang mengalahkan jagoan bina badan yang lain.
Ramai netizen berpendapat bahawa beliau seharusnya membiarkan badannya membesar pada suatu tahap dewasa dahulu sebelum membina badan keterlaluan seperti ini, kerana bimbang terlalu memberi tekanan untuk otot-otot membesar secara abnormal. Namun, ini hanyalah pandangan mereka yang mungkin “jealous” dengan anak muda ini.
Namun bagi tuan empunya badan, Muhammad Fauzan bin Abd Rashid, kata-kata cemuhan dan tohmahan dari pelbagai pihak bukanlah satu penghalang untuk beliau terus membina badan dan memasang impian menjadi seorang ahli bina badan terkenal seperti Sazali Samad dan Ronnie Coleman.
Lihat saja lengan anak muda ini, memang berurat selirat seperti mana jaguh Mr Universe Sazali Ahmad, pada usia seremaja ini:


Ternyata usaha dan dedikasi berterusan boleh membawa anak muda ini ke persada yang tinggi. Kami doakan cita-cita adik Fauzan untuk menjadi ahli bina badan professional kesampaian.