Kapal terbang bawa pemain bola sepak Brazil terhempas

BOGOTA – Sebuah pesawat komersial yang membawa 81 penumpang termasuk sepasukan pemain bola sepak dari Brazil telah terhempas sebelum sempat mendarat.

Media melaporkan kapal terbang malang itu sepatutnya mendarat di lapangan terbang antarabangsa Medellin, lewat tengah malam tadi, waktu tempatan.
Pasukan Chapecoense Real dijadualkan untuk berentap dengan kelab Atletico Nacional di dalam perlawanan peringkat suku akhir Copa Sudamérica.
Bagaimanapun, menurut datuk bandar Medellin Federico Gutierrez, harapan kemungkinan ada penumpang yang terselamat adalah tinggi.
“Insiden ini merupakan satu tragedi yang dahsyat,” kata Gutierrez kepada stesen Blu Radio semasa beliau dalam perjalanan ke lokasi nahas berkenaan yang terletak di kawasan pergunungan di luar bandar.
Menerusi akaun Twitter beliau, Gutierrez turut menyatakan bahawa ambulans dan pasukan penyelamat sedang dalam perjalanan ke tempat kejadian.
Punca nahas tersebut masih belum dikenal pasti.