Cara Untuk Blogger Buat Duit Melalui Pengiklanan Dan Program Affiliate l Ramai juga yang masih mencari-cari cara terbaik buat duit dengan blog. Bagi
mereka yang ada blog, rugi dibiarkan blog begitu sahaja tanpa ada
inisiatif untuk dapatkan hasil daripadanya. Ramai blogger yang dah dapat
rasa hasil buat duit dengan blog ini dengan menerima bayaran sama ada
dalam bentuk MYR atau USD, termasuklah aku sendiri.
Bermacam-macam
jenis platorm pengiklanan yang ada di Malaysia atau luar negara yang
boleh digunakan oleh blogger untuk mendapat pendapatan yang lebih. Nak
berharap pada gaji sahaja memang sangat tak cukup. Hari ni gaji masuk,
esok lusa dah nak habis bayar hutang sana sini. Untuk pengetahuan, hasil
dari pengiklanan Adsense sahaja aku dah boleh guna untuk bayar hutang
bulanan kereta.
BUAT DUIT MELALUI SYARIKAT PENGIKLANAN
Cara yang paling mudah untuk buat duit dengan blog ialah melalui
syarikat pengiklanan. Antara syarikat pengiklanan yang biasa digunakan
oleh blogger ialah Nuffnang, Adsense, Innity, H12 Media, Genie, Adnow
dan sebagainya. Hanya perlu mendaftar akaun secara percuma dan
meletakkan kod iklan di blog. Pendapatan akan dijana bagi setiap
pageview yang terhasil atau jumlah iklan yang diklik. Minima untuk
cashout income bergantung pada syarikat pengiklanan dan ia boleh terus
masuk ke akaun bank (wire transfer).
JENIS-JENIS SYARIKAT PENGIKLANAN
NUFFNANG
Antara medium pengiklanan yang banyak digunakan di Malaysia terutamanya
blogger baru dalam menjana pendapatan secara online. Earning yang
terhasil melalui CPUV dan CPC dan ianya dibayar dalam bentuk MYR. Syarat
untuk daftar akaun Nuffnang adalah terbuka kepada semua blogger tanpa
mengira jumlah pageview dan unique visitor sama ada tinggi atau rendah.
Walaubagaimanapun, trafik blog adalah penting sebab walaupun blog anda
mendapat kempen CPUV tetapi trafik sikit, jadi earning yang dapat pun
sikiT.
ADSENSE
Syarat nak
daftar Adsense ni tak seketat syarat nak daftar Innity. Kalau Innity,
syarat utama untuk daftar pageview dan unique visitor mestilah menepati
kriteria yang telah ditetapkan. Yang menariknya Adsense ini, ianya tak
ada tetapan minimum untuk pageview dan unique visitor.
Maksudnya kalau blog anda UV 50-100 setiap hari pun tak ada masalah
untuk daftar. Tetapi untuk nak dapatkan earning tinggi, trafik mestilah
tinggi jugak. Walaupun trafik blog tak ditekankan, tapi ada syarat lain
yang mesti dipatuhi. Setiap earning yang terhasil akan dibayar dalam
bentuk USD.
ADNOW
Merupakan platform pengiklanan yang terbaru untuk buat duit dalam USD.
Seperti medium pengiklanan yang lain, anda yang perlu daftar dan letak
iklan di dalam blog apabila blog sudah di-approve. Yang menariknya
earning meningkat dengan cepat. Jika berminat, boleh daftar akaun
pengiklan Adnow disini
INNITY
Memerlukan pageview sebanyak 200,000 dan 40,000 unique visitor setiap
bulan jika berminat untuk mendaftar dengan syarikat pengiklanan ini.
Selain itu, ada juga syarat-syarat lain yang perlu dipatuhi bagi
memastikan trafik yang diterima itu valid. Setiap earning yang terhasil
akan dibayar dalam MYR iaitu Ringgit Malaysia. Kelebihan Innity ialah
bayaran yang mahal untuk setiap klik dan view tetapi iklan tak keluar
sepanjang masa.
GENIEE
Merupakan sebuah syarikat pengiklanan dari Jepun yang agak popular di
Malaysia. Dibayar dalam USD. Sesuai untuk blog yang mempunyai unique
visitor yang tinggi kerana earning diperolehi melalui CPM. Mudah cakap,
semakin tinggi unique visitor, semakin tinggi earning yang kita akan
dapat. Kelebihan Geniee ialah iklan sentiasa nampak dan boleh letak
maksimum 6 iklan di satu blog.