Ajal kereta terbabas

GAMBAR EHSAN -HARIAN METRO

Kemaman: Penuntut tahun dua Universiti Automotif Malaysia DRB-Hicom di Pekan, Pahang maut, manakala tiga rakannya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer 170 Jalan Jerangau-Jabor di Kampung Sungai Pergam, Kemaman, kira-kira 11 pagi tadi.
Aqwa Naim Azmi, 19, penuntut Diploma Pengurusan Runcit yang memandu Perodua Myvi itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
Tiga rakan universitinya itu yang dikenali sebagai Mohd Zafian, 18, Mohd Baihaqi,18 dan Irfan, 19, hanya cedera dalam kejadian terbabit.
Ketika kejadian, semua mangsa itu dipercayai dalam perjalanan dari kampung mereka di Kelantan untuk kembali semula ke universiti selepas menghabiskan cuti semester.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Normanshah Din berkata, mayat Aqwa dibawa ke Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat manakala tiga rakannya pula dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.