296 penuntut kita selamat


FOTO EHSAN -harian metro
Kuala Lumpur: Semua penuntut Malaysia dilaporkan selamat susulan serangan di Ohio State University, Amerika Syarikat, pada Isnin, menurut Education Malaysia Washington DC.
Media Amerika melaporkan penuntut merempuh kenderaannya pada laluan pejalan kaki di kampus Columbus, Ohio, sebelum menyerang penuntut lain dengan pisau pemotong daging dan dia kemudiannya ditembak seorang pegawai polis kampus.
“Dimaklumkan semua 296 penuntut Malaysia dalam keadaan selamat,” kata pejabat pendidikan itu.
Sebelas orang dimasukkan ke hospital berikutan kejadian itu, seorang daripada mereka dalam keadaan kritikal, menurut media Amerika.
Dilaporkan penyerang itu adalah penuntut universiti berketurunan Somalia.