Datuk direman bantu siasatan


FOTO EHSAN - HARIAN METRO -
Melaka: Seorang pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini direman empat hari bagi membantu kes siasatan SPRM.
Suspek bergelar datuk yang berusia 55 tahun itu direman bermula sehingga 2 Disember depan.
Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, Syarina Shaarani, pada 10.30 pagi.
Suspek ditahan kira-kira 2 petang semalam, bagi membantu siasatan membitkan kesalahan rasuah termasuk meminta sogokan untuk kelulusan projek.
SPRM juga kini sedang mengesan jumlah projek terbabit dan lebih ramai individu bakal dipanggil untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 17A Akta SPRM 2009.