Ular sawa batik kekenyangan lepas telan seekor kambing

Ular sawa batik seberat 100 kg, sepanjang enam meter yang menelan kambing penduduk Kampung Luar Mukim Siong, Baling, berjaya ditangkap anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), semalam.
Pegawai APM Daerah Baling berkata, ular itu ditemui di kawasan paya kira-kira 100 meter dari rumah penduduk.
"Ular sawa berkenaan dipercayai tidak dapat melarikan diri kerana kekenyangan selepas menelan seekor kambing."