Cara Untuk Blogger Malaysia Buat Duit Melalui Pengiklanan

Cara Untuk Blogger Buat Duit Melalui Pengiklanan Dan Program Affiliate Ramai juga yang masih mencari-cari cara terbaik buat duit dengan blog. Bagi mereka yang ada blog, rugi dibiarkan blog begitu sahaja tanpa ada inisiatif untuk dapatkan hasil daripadanya. Ramai blogger yang dah dapat rasa hasil buat duit dengan blog ini dengan menerima bayaran sama ada dalam bentuk MYR atau USD, termasuklah aku sendiri.

Bermacam-macam jenis platorm pengiklanan yang ada di Malaysia atau luar negara yang boleh digunakan oleh blogger untuk mendapat pendapatan yang lebih. Nak berharap pada gaji sahaja memang sangat tak cukup. Hari ni gaji masuk, esok lusa dah nak habis bayar hutang sana sini. Untuk pengetahuan, hasil dari pengiklanan Adsense sahaja aku dah boleh guna untuk bayar hutang bulanan kereta. 


BUAT DUIT MELALUI SYARIKAT PENGIKLANAN

 Cara yang paling mudah untuk buat duit dengan blog ialah melalui syarikat pengiklanan. Antara syarikat pengiklanan yang biasa digunakan oleh blogger ialah Nuffnang, Adsense, Innity, H12 Media, Genie, Adnow dan sebagainya. Hanya perlu mendaftar akaun secara percuma dan meletakkan kod iklan di blog. Pendapatan akan dijana bagi setiap pageview yang terhasil atau jumlah iklan yang diklik. Minima untuk cashout income bergantung pada syarikat pengiklanan dan ia boleh terus masuk ke akaun bank (wire transfer).

JENIS-JENIS SYARIKAT PENGIKLANAN

NUFFNANG
Antara medium pengiklanan yang banyak digunakan di Malaysia terutamanya blogger baru dalam menjana pendapatan secara online. Earning yang terhasil melalui CPUV dan CPC dan ianya dibayar dalam bentuk MYR. Syarat untuk daftar akaun Nuffnang adalah terbuka kepada semua blogger tanpa mengira jumlah pageview dan unique visitor sama ada tinggi atau rendah. Walaubagaimanapun, trafik blog adalah penting sebab walaupun blog anda mendapat kempen CPUV tetapi trafik sikit, jadi earning yang dapat pun sikiT.


ADSENSE
Syarat nak daftar Adsense ni tak seketat syarat nak daftar Innity. Kalau Innity, syarat utama untuk daftar pageview dan unique visitor mestilah menepati kriteria yang telah ditetapkan. Yang menariknya Adsense ini, ianya tak ada tetapan minimum untuk pageview dan unique visitor. Maksudnya kalau blog anda UV 50-100 setiap hari pun tak ada masalah untuk daftar. Tetapi untuk nak dapatkan earning tinggi, trafik mestilah tinggi jugak. Walaupun trafik blog tak ditekankan, tapi ada syarat lain yang mesti dipatuhi. Setiap earning yang terhasil akan dibayar dalam bentuk USD.


ADNOW
Merupakan platform pengiklanan yang terbaru untuk buat duit dalam USD. Seperti medium pengiklanan yang lain, anda yang perlu daftar dan letak iklan di dalam blog apabila blog sudah di-approve. Yang menariknya earning meningkat dengan cepat. Jika berminat, boleh daftar akaun pengiklan Adnow disini

INNITY
Memerlukan pageview sebanyak 200,000 dan 40,000 unique visitor setiap bulan jika berminat untuk mendaftar dengan syarikat pengiklanan ini. Selain itu, ada juga syarat-syarat lain yang perlu dipatuhi bagi memastikan trafik yang diterima itu valid. Setiap earning yang terhasil akan dibayar dalam MYR iaitu Ringgit Malaysia. Kelebihan Innity ialah bayaran yang mahal untuk setiap klik dan view tetapi iklan tak keluar sepanjang masa.

GENIEE
Merupakan sebuah syarikat pengiklanan dari Jepun yang agak popular di Malaysia. Dibayar dalam USD. Sesuai untuk blog yang mempunyai unique visitor yang tinggi kerana earning diperolehi melalui CPM. Mudah cakap, semakin tinggi unique visitor, semakin tinggi earning yang kita akan dapat. Kelebihan Geniee ialah iklan sentiasa nampak dan boleh letak maksimum 6 iklan di satu blog.