Azrinaz Mazhar Kekasih Baru Fattah Amin?

Baru-baru ini ada gosip mengatakan Fattah Amin kini sedang rapat dengan seorang selebriti berstatus VIP. Biarpun identiti wanita tersebut masih menjadi tanda tanya namun nama Azrinaz Mazhar Hakim mula menjadi sebutan ramai. Malah lebih menguatkan lagi dakwaan itu apabila Azrinaz ada memuat naik gambar mereka bersama.


Menerusi posting itu ramai yang mula membuat andaian masing-masing mengenai hubungan persahabatan mereka. Kalau dilihat daripada ruangan komen, berbagai reaksi peminat apabila melihat gambar mesra mereka. Ada yang suka melihat mereka bersama dan merasakan mereka secocok. Namun ada juga mempersoalkan jarak umur diantara mereka yang jauh.
Terdahulu, Fattah dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa dengan bekas isteri orang kenamaan yang juga merupakan selebriti. Mereka juga didakwa semakin rapat selepas Fattah mengeluarkan kenyataan mengenai hubungan cintanya dengan Neelofa yang sudah berakhir.