“Kau Dah Sapu Berpuluh Bilion, Kau Nak Tunjuk Suci” Facebooker Hina Sultan Johor?

SEORANG pemilik akaun facebook pro Mahathir berkelakuan melampau menurut netizen kerana telah memuatnaik sebuah status yang dipercayai menghina DYMM Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Status berkenaan yang dimuatnaik pada 22 Mac 2017 jam 10.47 malam berkenaan dikatakan merujuk kepada tindakan Sultan Ibrahim ‘menghadiahkan’ rakyat negeri baginda dengan Projek Rumah Impian Sultan Ibrahim yang merupakan perumahan mampu milik dengan harga yang amat rendah kepada rakyat.

Pemilik akaun facebook bernama Fharid Bin Ismail itu menulis “Kau dah sapu projek berpuluh bilion, kemudian kau nak tunjuk suci buat rumah untuk Rakyat & sesuka hati nak halau orang?”



 Manakala perkataan “sesuka hati nak halau orang?” itu pula kata netizen adalah merujuk kepada ketegasan Sultan Ibrahim yang enggan membenarkan pemimpin parti politik untuk masuk ke Johor dengan tujuan menghasut dan menyebarkan cerita karut kepada rakyat.
Pemimpin politik yang dimaksudkan Sultan Ibrahim itu pula dipercayai idola kepada pemilik akaun facebook Fharid Bin Ismail iaitu Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Dr Mahathir Mohamad dan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kalau saya nak sembunyi nak menipu rakyat saya, buat apa yang pergi letak papan tanda hak milik kekal kat situ. Guna kepala otak lah. Bergambar ramai-ramai kat situ.” titah baginda seperti dilaporkan portal Tv14 semalam.
Kenyataan di dalam akaun facebook Fharid Bin Ismail itu bagaimana pun mengundang rasa tidak puas hati netizen sehingga beberapa jam selepas itu sebuah portal berikut mula tular di media sosial ;

 Akaun facebook tersebut acapkali dikesan memuatnaik status yang menghentam kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dan Umno/Barisan Nasional (BN) serta memuji dan memuja bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sebagai idolanya.

Difahamkan dari komen-komen netizen di facebook, pemilik akaun berkenaan sebenarnya merupakan penyokong tegar Dr Mahathir dan PPBM yang seringkali menulis status yang tidak benar dan bersifat celaan melampau.

Semoga pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini sewajarnya kerana gaya status yang dimuatnaik itu memang mirip dituju kepada Sultan Johor yang sebelum itu bertindak menyerang pemimpin politik yang dibayangi dengan gambaran Dr Mahathir dan Muhyiddin

satu je nak tanya... tak takut kena angkat ke bang?? budaya kita bukan maki hamun. semoga sedar akan kesilapan tue ya.