Tahniah diucapkan kepada Hafiz Hamidun yang bakal menamatkan zaman bujangnya bersama seorang wanita yang difahamkan ibu tunggal. Enggan melangsungkan majlis pertunangan terlebih dahulu, Hafiz merancang untuk bernikah dengan wanita terbabit sebelum Ramadhan ini.
“Bagi pihak saya, memang dirancang untuk menikah sebelum Ramadan dan majlis resepsi akan diadakan selepas raya tahun ini. Saya tak rancang untuk bertunang, sebaliknya mahu terus bernikah. Saya berdoa semoga perancangan saya untuk berkahwin kali ini berjaya”
“Kami kenal antara satu sama lain sudah lama. Tapi sejak dua bulan lalu kami mula berkawan dengan serius. Dia yang pernah berkahwin dan mempunyai anak sudah tahu mengenai hala tuju hubungan kami. Saya juga sudah memberitahu niat ikhlas saya untuk memperisterikannya”
“Sebelum ini saya tak pernah fokus mengenai hal peribadi. Saya sedar perancangan sebelum ini tak menjadi kerana asyik sibuk dengan karier. Tapi kali ini saya serius, saya sudah bersedia untuk kahwin,” katanya kepada m Star Online berhubung berita tersebut.
Sementara itu, Hafiz buat masa ini masih enggan mendedahkan identiti bakal isterinya itu kepada umum. Apapun semoga segala persiapan perkahwinan yang dirancang Hafiz dan bakal isteri akan berjalan dengan lancar serta dipermudahkan urusan olehNya