Wanita harapan keluarga dibunuh kejam dan dirogol.

Mayat seorang wanita 27 tahun yang merupakan seorang guru pembantu (harapan keluarga) telah ditemui dengan kesan kelar BERITA SELANJUTNYA DI SINI..


Lelaki gantung bayi, diri sendiri di FB Live

Seorang lelaki bertindak merakam perbuatannya membunuh anak serta diri sendiri melalui  FB Live, lapor AFP Polis di pulau peranginan BERITA SELANJUTNYA DI SINI..

Seorang lelaki merakam perbuatannya membunuh diri dan anaknya melalui Facebook Live.

BANGKOK - THAILAND. Seorang lelaki bertindak merakam perbuatannya membunuh anak serta diri sendiri melalui  FB Live, lapor AFP

Polis di pulau peranginan selatan itu berkata, pihak polis dimaklumkan berhubung video berkenaan oleh rakan-rakan lelaki itu dan bergegas ke hotel terbiar berhampiran lapangan terbang antarabangsa pada petang Isnin.

"Mereka telah mati ketika saya tiba di sana," kata Leftenan Jullaus Suvannin, individu pertama yang tiba di tempat kejadian memberitahu AFP.

Menurut Jullaus, telefon pintar lelaki berkenaan turut ditemui disandar pada dinding. 

Polis berkata, mereka percaya lelaki berkenaan telah bertengkar dengan ibu kanak-kanak yang berusia 11 bulan itu sebelum bertindak menggantung diri sendiri serta anak perempuannya. 

Saluran 3 menyiarkan rakaman ibu bayi berkenaan dilihat bersama ahli keluarga menuntut kedua-dua mayat di hospital tempatan pada Selasa. 

Facebook tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen berhubung insiden berkenaan.

Pemilik Facebook, Mark Zuckerberg sebelum ini berikrar untuk memastikan rangkaian sosial terkemuka dunia itu tidak digunakan untuk menyebarkan perbuatan mengerikan seperti pembunuhan dan bunuh diri.

Sementara itu, Gabenor Phuket menggesa rakyat Thailand supaya tidak berkongsi rakaman pembunuhan berdurasi empat minit tersebut yang masih boleh didapati di rangkaian sosial pada Selasa.

KEJAM! Rogol, Bunuh , Buang.Misteri Kehilangan Remaja Berusia 20 tahun akhirnya terjawab.


 

  Mayat mangsa dijumpai dalam keadaan kepalanya ditutup dengan kain, memakai baju dalam, seluar jeans, jam tangan berwarna biru dan tangan serta kakinya diikat dengan dawai...BERITA SELANJUTNYA DI SINI...

 

Azan 5 Kali Sehari, Masjid/Surau Perlu Minta Kebenaran Penduduk

Korang mungkin tak familiar dengan wanita yang dikenali sebagai Azira Aziz ni. Dia sebenarnya salah seorang pengasas BEBAS yang terlibat dengan demonstrasi Anti RUU 355 Februari lalu di Petaling Jaya.

Terbaru, Azira membuat kenyataan pasal pembinaan masjid dan surau yang jarak 50 meter dari tempat tinggal penduduk. Bagi Azira, masjid dan surau ini perlu kebenaran sebab ada azan 5 kali sehari. Lain macam ja. jom baca apa yang dia tulis. BERITA SELANJUTNYA DI SINI....

Pandangan Wanita Ini Dikecam Netizen

Masjid yang perlu kebenaran.


 

Statement ini adalah respond Azira kepada berita Kerajaan Negeri Selangor. Di mana kerajaan Selangor nak perketatkan syarat-syarat pembinaan rumah ibadat bukan Islam.
Bukan itu saja, Azira juga menyatakan budaya kebencian, pergaduhan dan sikap tak bertoleransi adalah budaya yang diimport dari negara Arab ke dalam masyarakat. Ini semua gara-gara terlalu ramai pelajar Malaysia yang sambung pengajian di sana.

“Mengapa kita terikut sangat budaya Arab?”





 Azira Aziz juga mengatakan umat Islam Malaysia terpengaruh dengan budaya Arab yang dibawa masuk oleh tenaga pengajar kebanyakannya graduan dari negara timur tengah. Tambahnya lagi, Malaysia akan lebih aman jika dari dulu kita limitkan menghantar dan mengambil tenaga pengajar dari rantau Arab.

 

 

Bapa setan Liwat bayi berusia 23 hari.

polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira pukul 4 petang apabila melihat mangsa BERITA SELANJUTNYA DI SINI..

Siapa ‘Remaja Sado’ Yang Viral Ini? Dah Macam Atlet Bina Badan. Sado Habis!

seorang remaja yang berbadan ‘sado’ berpakaian sekolah menjadi viral di Facebook. Rata rata netizen melahirkan rasa terkejut dan kagum dengan badan ‘sado’ remaja ni. Bukan BERITA SELANJUTNYA DI SINI...

"Berhijab Satu Kesilapan..Tak Fikir Panjang Pakai Tudung" - Pengakuan Sara Ali

Sara Ali merupakan pelakon yang telah berhijab. Namun baru-baru ini ada tersebar foto pelakon ini yang kembali tidak bertudung.

Petang ini satu press conference telah diadakan untuk menerangkan isu ini dari pihak Sara Ali sendiri.

Sara Ali akui kini telah kembali free hair dan tidak lagi bertudung.

Ini komen kepada wartawan Astro gempak apabila ditanya tentang hal ini:

"Pada awalnya, keputusan saya mengenakan hijab tahun lalu tidak didorong oleh keputusan sendiri. Saya terikut-ikut dengan sebuah perniagaan yang bersifat keagamaan.

"Namun begitu, saya mengaku yang perubahan tersebut merupakan keputusan saya. Saya sendiri yang buat kesilapan, saya sendiri yang tak berfikir panjang sebelum mengenakan hijab.

"Selepas 10 bulan, saya rasakan yang keputusan saya buat tidak betul. Saya kembali membuka hijab pada Oktober tahun lalu.

"Saya tak mahu jadi hipokrit, lebih-lebih lagi jika hal yang berkaitan agama. Saya akui, ini salah saya," 

"Keputusan yang lakukan ini merupakan kekhilafan saya. Saya yang bersalah.

"Jadi saya tidak mahu ada yang menyalahkan pihak lain, terutamanya ibu bapa. Biarlah saya menanggungnya.

"Saya sendiri tidak menutup ruangan komen di Instagram dan menerima sahaja apa kritikan dan pandangan orang dengan hati terbuka kerana saya tahu semuanya salah saya," 

Ini pula pengakuannya secara live di laman media sosial pada petang tadi.

Jom baca pengakuannya:

KEMBALI FREE HAIR

"Apa yang Sara nak bagitahu memang bukan something yang patut dibanggakan pun

"Sara ambil masa untuk fikirkan, Sara tak nak hide perkara ini lagi.

"Keputusan telah dibuat. Bukan dibuat atas satu keputusan tetapi telah berbincang dengan keluarga, talent agensi, orang dalam industri dan juga reporter.."

BINCANG DENGAN PARENTS

"Tiada parent yang bangga dengan keputusan seperti ini apatah lagi beragama Islam

"Parent saya  dibelakang saya seratus peratus, walaupun mereka tidak bersetuju tetapi mereka terpaksa akur dengan keputusan ini.

"Benda ini bukan senang.."

"Keputusan dibuat bukan kehendak Sara tetapi atas sesuatu.."

"It doesn't give me peaceful pleasure about last year. Hidup jadi tak tenang sangat, tidur pula tak lena..Mula nak diamkan saja, sampai bila Sara nak hidup macam keadaan Sara sendiri macam 'this is not how you should do it...'

"Setahun Sara fikir, ingat boleh buat tapi sepertinya tidak sebab Sara buat bukan kerana Allah..'

BERAPA LAMA DAH FREE HAIR

"Dah lama dah... kalau saya tak selesa, its not me..I cant be hypocrite..I felt guilty.."

"Apa yang Sara belajar setahun yang lepas, bila Sara keluar bawa imej bertudung, it doesnt fell right when you do it not for you, but something else.."

"Sara tahu apa yang Sara buat ni bukan benda yang bagus..Sara tak nak menipu lagi.."

IMPAK KEPADA KERJAYA

"Memang akan ada impak negatif..tetapi kalau ia menjejaskan karier saya, saya tak boleh buat apa.."

"It was my mistake..sepatutnya saya guna akal saya sendiri dan tidak berfikir..baru sekarang saya tersedar."

"Saya tak tahu bagaimana dia akan memberi impak kepada karier saya."

KATA AKHIR

"Kepada fans, saya meminta maaf kerana tak menjadi diri sendiri..saya dah cuba buat yang terbaik..tetapi saya buat (bertudung) kerana sebab lain...saya tak suka hidup, esok bangun rasa bersalah"

"Kalau korang semua appreciate me because of my talent then follow me.."

"Saya terima sahaja kata-kata anda yang positif dan negatif semuanya saya ambil.."

"Tahun lepas really bad..I need your support.."

Itulah kata kata dan penjelasan dari pelakon Sara Ali.

"Berhijab Satu Kesilapan..." - Sara Ali

Berhijab satu kesilapan? jom kita tengok pengakuan Sara Ali.. BERITA SELANJUTNYA DI SINI..

Kisah Sebenar Suami Saman Isteri Kerana Anak Hodoh

Inilah Kisah Sebenar Suami Saman Isteri Kerana Anak Hodoh

Beberapa tahun lepas gambar ini menjadi viral di seluruh dunia dan menjadikan satu berita sensasi terutamanya di China. Gambar yang dimaksudkan adalah gambar pasangan suami isteri beserta tiga orang anak.

Tajuk yang ditulis oleh laman web dan blogger di seluruh dunia sungguh lucu iaitu ‘Suami Saman Isteri Kerana Anak Hodoh’ dan ianya menjadi berita sensasi seluruh dunia. Namun ini adalah kisah sebenar…

Kisah Sebenar disebalik “Suami Saman Isteri Kerana Anak Hodoh”.

Selepas tiga tahun, akhirnya wanita di dalam gambar tersebut yang juga seorang model, Heidi Yeh, tampil memberikan cerita sebenar.

Di dalam satu sidang media yang dibuat oleh Heidi Yeh, dia berkata sejak gambar itu viral, dia seolah-olah hidup di dalam neraka kerana payah mendapat kerja dan juga dikeji oleh orang ramai sehingga ada yang memanggilnya plastik.
Yeh berkata sebenarnya gambar itu adalah gambar dari sesi photoshot yang dibuat untuk sebuah klinik kosmetik dan dia cuma model untuk gambar itu.

Pada awalnya, klinik itu cuma bersetuju untuk menggunakan gambar itu di dalam iklan bercetak namun tidak lama selepas itu, klinik tersebut mula menggunakan gambar yang sama di dalam iklan online. Selepas itu, gambar tersebut menjadi viral di media sosial.
 
Iklan itu berbunyi “Satu-satunya benda yang kamu akan risau adalah bagaimana untuk memberitahu anak-anak“.

Keadaan menjadi semakin parah apabila berita palsu mengenai seorang suami menyaman isterinya kerana mengeluarkan anak yang hodoh mula disiarkan oleh tabloid Heilongjiang. Tabloid itu meletakkan gambar ‘keluarga Yeh’ di dalam artikel tersebut.
 
Sejak dari itu, Yeh menjadi viral di seluruh dunia dan menjadi bahan jenaka orang ramai.

Yeh kini dalam proses untuk menyaman agensi pengiklanan yang terlibat dan juga klinik kosmetik tersebut sebanyak 785,000 yuan atau RM 514,000.
 

Inilah Kisah Sebenar Suami Saman Isteri Kerana Anak Hodoh

Inilah Kisah Sebenar Suami Saman Isteri Kerana Anak Hodoh

Beberapa tahun lepas gambar ini menjadi viral di seluruh dunia dan BERITA SELANJUTNYA DI SINI..

“Kita Tabur Duit Pun Tak Bahagia Juga”

Pernah melalui tiga kali penceraian, Datuk Seri Vida melalui temubual khas bersama Utusan Malaysia baru baru ini berkongsi sedikit sebanyak bagaimana dia berhadapan dengan situasi sebegini.

Apa yang menarik berita selanjutnya di sini..

Datuk Seri VIda Cepat Bergerak Ke Hadapan, Terus Positif

Pernah melalui tiga kali penceraian, Datuk Seri Vida melalui temubual khas bersama Utusan Malaysia baru baru ini berkongsi sedikit sebanyak bagaimana dia berhadapan dengan situasi sebegini.

Apa yang menarik, di dalam temubual tersebut juga usahawan wanita berjaya ini juga turut menyatakan pandangannya terhadap kemampuan wang dalam membeli kasih sayang – berdasarkan latarbelakangnya yang ramai sudah mengetahui adalah wanita berkerjaya dan juga memegang gelaran jutawan.


“Pada saya boleh juga hendak beli. Tetapi bahagia yang subjektif. Bahagia rumah tangga, ada orang boleh beli, tabur duit jadi bahagia. Tetapi sekarang ni, kita tabur pun tak bahagia juga, macam mana tu?”
“Cuma ia mengajar saya, lain kali carilah pasangan yang sekufu dengan kita, itu pengajaran buat saya,” katanya kepada akhbar tersebut. Malah menurut Datuk Seri Vida, dia sendiri tidak pernah serik untuk membina rumahtangga yang baru.


Sementara itu, bagi mengubat rasa hati yang sedang bersedih ketika ini, Datuk Seri Vida pastinya memilih untuk membeli belah, sekurang kurangnya dia dapat terus laju bergerak ke hadapan demi mengharungi kehidupan.
“Oho, sudah tentulah dengan membeli-belah. Lagi banyak beli, lagi sejuk hati tu. Tetapi yang lebih penting lagi, malam-malam saya akan bermunajat. Saya jenis tidur lewat. Tidur sekejap, bangun balik untuk bermunajat kepada Allah”
“Saya adu segala-galanya kepada Dia, kemudian saya akan tidur semula selepas subuh. Sehari saya cuma tidur lima jam sahaja. Tetapi peliknya, kalau orang lain tak tidur kurus, tetapi saya tetap macam ni….Hahaha!,” kongsinya lagi kepada akhbar tersebut.

Pelajar kelahiran Malaysia ini ditawarkan belajar di 8 universiti terkemuka AS termasuk Harvard! Siapa Cassandra Hsiao?

Seorang remaja kelahiran Malaysia, Cassandra Hsiao, 17, menjadi imigran pertama menerima tawaran untuk melanjutkan pelajaran di 7 buah universiti terkemuka di Amerika Syarikat.

Pelajar kelahiran Malaysia ini ditawarkan belajar di 8 universiti terkemuka AS termasuk Harvard! Siapa Cassandra Hsiao?
8 universiti yang tersenarai di bawah Ivy League itu adalah Harvard, Priceton, Yale, Dartmouth, Brown, Columbia, Cornell dan Penn.

 Cassandra menetap bersama keluarganya di Walnut, Selatan California itu tidak menyangka sama sekali permohonannya untuk memasuki institusi pengajian tinggi bertaraf dunia pada tahun 2021 itu diterima kesemuanya.

RESUME GEMPAK

Gadis Malaysia yang sudah menetap di Amerika Syarikat sejak berusia 5 tahun itu mengakui faktor permohonannya diterima ekoran resume yang dihantar sangat memberangsangkan.

“Saya memiliki GPA 4.67 dan mendapat keputusan 1540 dalam SATs.

“Selain itu saya pernah dua kali menjadi presiden badan pertubuhan pelajar, ketua pengarang majalah sekolah dan aktif dalam semua aktiviti yang dianjurkan.

“Pernah juga saya melakukan sesi temubual di karpet merah untuk anugerah besar, tayangan perdana dan sidang media. Saya juga pernah menemuramah Chris Evans!” katanya.

Cassandra juga mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Stanford University, John Hopkins University, University of Southern California, Northwestern University, New York University dan Amherst College.

Ibu Cassandra merupakan penduduk Malaysia yang telah berkahwin dengan bapanya dari negara Taiwan.

 ESEI

Tetapi, ada juga sebab lain untuk Cassandra diterima masuk ke universiti-universiti berkenaan.

Gadis itu turut menulis sebuah esei dan disertakan sekali bersama resume.

Antara kandungan eseinya adalah berkenaan betapa sukar dan teruknya penguasaan bahasa Inggeris ketika berhijrah ke negara luar.

Namun, tanpa putus asa gadis itu bersama ibunya menuntut ilmu tanpa jemu hingga membuka mata semua individu yang pernah menghina mereka.


In our house, English is not English. Not in the phonetic sense, like short a is for apple, but rather in the pronunciation – in our house, snake is snack. Words do not roll off our tongues correctly – yet I, who was pulled out of class to meet with language specialists, and my mother from Malaysia, who pronounces film as flim, understand each other perfectly.

In our house, there is no difference between cast and cash, which was why at a church retreat, people made fun of me for “cashing out demons.” I did not realize the glaring difference between the two Englishes until my teacher corrected my pronunciations of hammock, ladle, and siphon. Classmates laughed because I pronounce accept as except, success as sussess. I was in the Creative Writing conservatory, and yet words failed me when I needed them most.

Suddenly, understanding flower is flour wasn’t enough. I rejected the English that had never seemed broken before, a language that had raised me and taught me everything I knew. Everybody else’s parents spoke with accents smarting of Ph.D.s and university teaching positions. So why couldn’t mine?

My mother spread her sunbaked hands and said, “This is where I came from,” spinning a tale with the English she had taught herself.

When my mother moved from her village to a town in Malaysia, she had to learn a brand new language in middle school: English. In a time when humiliation was encouraged, my mother was defenseless against the cruel words spewing from the teacher, who criticized her paper in front of the class. When she began to cry, the class president stood up and said, “That’s enough.”

“Be like that class president,” my mother said with tears in her eyes. The class president took her under her wing and patiently mended my mother’s strands of language. “She stood up for the weak and used her words to fight back.”

We were both crying now. My mother asked me to teach her proper English so old white ladies at Target wouldn’t laugh at her pronunciation. It has not been easy. There is a measure of guilt when I sew her letters together. Long vowels, double consonants — I am still learning myself. Sometimes I let the brokenness slide to spare her pride but perhaps I have hurt her more to spare mine.

As my mother’s vocabulary began to grow, I mended my own English. Through performing poetry in front of 3000 at my school’s Season Finale event, interviewing people from all walks of life, and writing stories for the stage, I stand against ignorance and become a voice for the homeless, the refugees, the ignored. With my words I fight against jeers pelted at an old Asian street performer on a New York subway. My mother’s eyes are reflected in underprivileged ESL children who have so many stories to tell but do not know how. I fill them with words as they take needle and thread to make a tapestry.


In our house, there is beauty in the way we speak to each other. In our house, language is not broken but rather bursting with emotion. We have built a house out of words. There are friendly snakes in the cupboard and snacks in the tank. It is a crooked house. It is a little messy. But this is where we have made our home.



Olahan oleh: Amri Hassan

Pelajar kelahiran Malaysia ini ditawarkan belajar di 8 universiti terkemuka AS termasuk Harvard! Siapa Cassandra Hsiao?

Pelajar kelahiran Malaysia ini ditawarkan belajar di 8 universiti terkemuka AS termasuk Harvard! Siapa Cassandra Hsiao?:BERITA SELANJUTNYA DI SINI...

Buta Dibaling Tepung & Telur Ketika Sambut Hari Lahir

”Aku ingin mataku dapat melihat kembali” itulah ungkap Remaja 18 tahun M.Yusuf yang buta akibat terkena infeksi akibat lemparan telur busuk oleh rakannya sendiri ketika merayakan hari jadinya.

Hal itu di ungkap oleh kakak mangsa sendiri menerusi laman media sosial facebok seperti mana yang di laporkan oleh Tribun Medan semalam.

Menerusi sumber tersebut, kejadian berkenan berlaku pada bulan lalu, ketika mangsa merayakan hari jadinya, salah seorang rakannya melemparkan telur busuk dan mata terkena percikan telur tersebut.

Hanya selang beberapa hari Yusuf mengalami sakit mata dan dibawa berjumpa pakar mata oleh kakaknya. Setelah di periksa terdapat selaput putih yang menyelimuti matanya.

Tiada yang lebih sedih bagi remaja berkenan apabila doktor mengesahkan bahawa mata kirinya telah buta.

Sebagai seorang kakak yang bertanggung jawab ke atas adiknya selepas ketiadaan kedua orang tuanya begitu terpukul dengan nasib yang menimpa adik kesayangannya itu.

Kedua adik beradik berkenan di asuh oleh nenek mereka sejak kecil, kini satu mata adiknya sudah tidak dapat melihat lagi.

Pada status berkenan kakak Yusuf turut memuat naik sekeping gambar yusuf yang tertunduk kebawah sungguh pun tak ada keceriaan di wajahnya.

“Kakak, aku ingin mataku dapat melihat kembali” hanya itu kata yusuf kepada kakaknya, sedih bercampur pilu begitu jelas terlihat ketika Yusuf mengungkapkan kata kata itu.

Sebagai seorang kakak, saya hanya bisa berdoa serta memberikan semangat, semoga setelah ini tidak ada lagi kejadian-kejadian bodoh yang dapat merugikan seseorang seperti adik saya.

Hanya kerana suka suka, tanpa sedar kita telah merusakkan masa depan orang lain, tulisnya. - eBerita

Buta Dibaling Tepung & Telur Ketika Sambut Hari Lahir

Lawakan menjadi mimpi ngeri!.. Jom baca kisah remaja ini di sini...

Berterima Kasih Kerana Nasi Lemak, Komen Balas Dari Zizan Razak Buat Netizen Pecah Perut

Kalau sebut je Jozan rasanya semua kenal dua pelawak yang cukup terkenal kat Malaysia ni. Johan dan Zizan memang merupakan ikon sahabat sejati walaupun kini sudah tidak menyertai Maharaja Lawak. Bayangkan keluarga Johan ni dan macam keluarga Zizan je. Punyalah rapat.
Baru baru ni isteri Johan, Ozlynn ada memuat naik turun gambar nasi lemak berserta satu caption mengucapkan terima kasih kepada Zizan. Yelah punyalah rapat dan baik sampaikan Zizan ni pesan kat Johan yang isteri dia nak nasi lemak. Tapi yang paling mendapat perhatian ialah komen balas Zizan di gambar itu. Ramai gelak terhibur dengan komen Zizan. Komen apa tu?


Zizan tolong pesan beli nasi lemak

 

Yeahhh dia baru abes kerja.. baru jek smp umah trus naik bilik dh siap2 hidang utk isteri tercinta.. kaum adam sesekali buat mcm nih mmg sweet sgt… hati nih rasa jatuh pastu pasang balik… bahahhaa.. mekasih @zizanrazak869 tlg smpkan kt papa..
Mama teringin nak nasi lemak.. alaa selalu pon mmg papa beli nasi lemak akan hidang utk mama dlm bilik.. sb selalu bebdk g skola pepagi dh siap masak so lepak bilik jek.. tp nasi lemak selalu x dpt paru.. arini ada.. walaupon paru x garing tp syukur.. Alhamdulillah kenyang.. papa ngah siap2 nak g work balik..

Komen ‘win’ Zizan buat netizen pecah perut

 @jozlynnhanania sama sama mama.. begitulah suami isteri siang suami belikan nasi lemak.. malam isteri belanja nasi lemak mereka.. #nasilemaksuamiisteri


Berterima Kasih Kerana Nasi Lemak, Komen Balas Dari Zizan Razak Buat Netizen Pecah Perut

Kalau sebut je Jozan rasanya semua kenal dua pelawak yang cukup terkenal kat Malaysia ni. Johan dan Zizan memang merupakan ikon sahabat sejati walaupun kini sudah tidak menyertai Maharaja Lawak. Bayangkan keluarga Johan ni dan macam keluarga Zizan je. Punyalah rapat.
Baru baru ni isteri Johan, Ozlynn ada memuat naik turun gambar nasi lemak berserta satu caption mengucapkan terima kasih kepada Zizan. Yelah punyalah rapat dan baik sampaikan Zizan ni pesan kat Johan yang isteri dia nak nasi lemak. Tapi yang paling mendapat perhatian ialah komen balas Zizan di gambar itu. Ramai gelak terhibur dengan komen Zizan. Komen apa tu? BERITA SELANJUTNYA DI SINI...

Yang Tukang Bakar, Sila Bakar Diri Sendiri – Pesanan ‘Pedas’ Pak Nil Kepada Si Batu Api

Kenapa pak nil panas2 nie... Jom tengok sebab apa... BERITA SELANJUTNYA DI SINI...

Yang Tukang Bakar, Sila Bakar Diri Sendiri – Pesanan ‘Pedas’ Pak Nil Kepada Si Batu Api

Walaupun sudah memohon maaf, isu kontroversi Najib Ali masih hangat diperkatakan netizen. Ramai yang bersimpati dengan nasib yang melanda Najib Ali termasuklah rakan artis, Afdlin Shauki. Namun, lain pula pandangan yang diberikan Presiden Seniman Zed Zaidi apabila beliau mendesak kerajaan ‘banned’ Najib Ali.

Dilantik menggantikan peranan juri tetap Maharaja Lawak Mega, Pak Nil di laman instagramnya memberikan kata-kata semangat kepada Najip agar terus ‘cool’. Pak Nil juga ada tinggalkan pesanan pedas kepada si batu api. Siapa pula batu api ni? Hmm.


Paknil harap kita semua ‘move on’ dari isu pengguguran Najip

 Salam semua,
Malam ini bermula perjalanan #Paknil sebagai juri di Maharaja Lawak Mega. Tawaran diberi 2 hari lepas ketika Paknil berada di London atas urusan kerja. Paknil baru sahaja menjejakkan kaki di KLIA dan harus bergegas ke Shah Alam untuk siaran Langsung MLM.
Sebagai seorang yang profesional, Paknil menerima tawaran itu untuk memastikan MLM berjalan lancar. Paknil tahu tugas Paknil adalah untuk menggantikan Najip Ali, yg juga sahabat Paknil dari Singapura.
Tiada isu kualiti penjurian, sebab Paknil akan lakukan mengikut kayu ukur yang berbeza.
Paknil harap kita semua ‘move on’ dari isu pengguguran Najip. Sebagai sahabat, anggaplah Paknil menggantikan keceriaan Najip.
Lagi pun Paknil sendiri mempunyai peminat yang ramai di Singapura dan diharap kehadiran Paknil menjadi ubat luka warga di sana.
Anggaplah kehadiran Paknil sebagai penambat kasih sayang hubungan dua rumpun yang kini diuji.
Saya yakin peminat bijak untuk tidak membandingkan saya dengan Najip sebab kami mempunyai kualiti yang tersendiri dan berbeza.
Ayuh lupakan episod yang telah berlaku dan kita raikan permulaan baru pada apa yang berlaku.
Doakan Paknil.

 

Yang tukang bakar, sila bakar diri sendiri

 

Hina Ke Bawa Motor Pergi Kerja?

Apa yang aku mahu luahkan ini sudah lama aku pendamkan. Cuma selama ini, aku mencari tempat dan medium yang sesuai untuk aku meluahkan dan supaya bagi masyarakat sedar dan jangan memandang rendah pada orang lain.
Kisah aku macam ini... BERITA SELANJUTNYA DI SINI....

Hina Ke Bawa Motor Pergi Kerja?

Apa yang aku mahu luahkan ini sudah lama aku pendamkan. Cuma selama ini, aku mencari tempat dan medium yang sesuai untuk aku meluahkan dan supaya bagi masyarakat sedar dan jangan memandang rendah pada orang lain.

Kisah aku macam ini

Aku seorang wanita, nama dan umur aku biarlah aku rahsiakan. Aku bekerja sebagai Pegawai Koordinator Akaun dan Jualan di sebuah syarikat swasta dan aku pergi balik kerja menggunakan motosikal.

Sepanjang aku bekerja. Aku ini jenis yang malas mahu ambil tahu pasal orang lain yang pergi kerja naik apa, kereta apa, motor apa. Lantaklah mereka kerana ini hak masing-masing. Tetapi, adalah seorang perempuan ini di pejabat aku, aku tidak tahulah apa masalah di. Cuma aku nak tanya koranglah, hina sangatkah seorang perempuan pergi kerja naik motor? Aku bukan tidak mampu untuk membeli kereta, aku mampu. Cuma aku ada banyak tanggungan seperti mak ayah, adik beradik aku. Bagi aku, selagi ada motosikal, pakai sajalah asalkan mudah untuk kau bergerak.

Perempuan di pejabat aku itu, selalu tanya aku

“Eh, kenapa u taknak beli kereta? Eh u naik motor ke hari ini?”

Ayat sinis tahu tak. Dia kalau boleh, hari-hari mahu tanya aku pergi kerja naik apa. Lepas itu cakap seperti sindir-sindir aku. Weh, kau pun pakai kereta suami kau, kau lagi ada hati mau berlagak. Sampai boss aku pernah tanya aku, tanya dengan nada yang eloklah sama ada aku sudah punya kereta. Lepas itu, belum sempat aku mahu menjawab, perempuan itu yang tolong jawabkan sambil tergelak-gelak sinis dengan memberitahu boss yang aku tidak ada kereta dan hanya menaiki motosikal untuk ke pejabat.

Selalu aku rasa seperti mahu menangis saja masa itu. Hina sangatkah kalau aku naik motor? Aku bukan minah rempit. Aku naik motor sebab mahu pergi kerja dan sebab aku tidak miliki kenderaan lain. Aku bukan tidak mampu beli kereta. Aku sudah mampu, tetapi aku lebih pentingkan ibu bapa dan adik beradik aku. Aku sedih sangat orang buat aku macam ini. Dulu, masa aku praktikal di Nilai pun sama juga kena layan seperti ini.

Pernah kena gelak

Sama aku praktikal tahun lepas, ada sorang lelaki Melayu berpangkat Pengurus Besar di tempat kerja aku. Sama bangsa dengan aku. Ye, aku tahu di bergaji besar, hidup mewah. Miliki rumah besar, kereta besar.

Dia tanya aku datang kerja naik apa. Aku pun jawablah dengan jujur yang aku datang ke tempat kerja denagan menaiki motosikal. Korang tahu tidak apa respon dia? Dia gelakkan aku. Dia siap cakap yang anak dia sebaya aku  pun sudah mampu miliki kereta sendiri walaupun masih lagi belajar. Dia cakap aku bawa motor kapcai. Padahal motor aku lawa kot cuma tiada bumbung.

Kau lain, aku lain 

Aku sudah menggigil masa itu, terasa seperti mahu marah sangat-sangat. Terasa seseolah mahu beritahu dia yang anak dia lain, aku lain. Anak dia tidak pernah hidup susah, lahir-lahir sudah jadi kaya sebab kau bergaji besar. Aku datang dari keluarga yang sederhana dan pernah merasa susah. Sekurang-kurangnya aku bukan mengemis dari orang lain. Tiga bulan selepas taman latihan praktikal, aku telah ditawarkan pekerjaan oleh tempat kerja aku itu disebabkan prestsi kerja praktikal aku bagus. Aku terpaksa tolak tawaran itu dengan memberikan alasan yang aku sudah mendapat tawaran kerja di tempat lain. Sebenarnya aku benci sangat kepada orang tua itu yang memperlekehkan aku. Korang tawar gaji besar pun aku tidak akan masuk kerja di situ lagi.

 

Doktor pun pergi tempat kerja naik motosikal

Sampai sekarang, aku masih tidak boleh melupakan apa dia cakap pada aku. Walaupun setahun sudah berlalu, tetapi benda itu masih segar di dalam ingatan aku. Aku ada perasaan juga. Memanglah kau orang atasan aku, tetapi bukan alasan  kau boss kau boleh hina aku.

Aku cuma mahu mengingatkan, janganlah kau hina orang-orang yang naik motosikal ke tempat kerja ini. Memang kami naik motor, tetapi tidak menyusahkan sesiapa pun. Itu harta kami. Seperti kau, harta kau kereta, harta kamu pula motosikal. Tolonglah, jaga hati orang lain. Jangan ingat yang naik motosikal ini semuanya merempit.

Satu lagi, jangan cakap ikut sedap muluh saja. Jangan sampai aku beli kereta nanti, aku tayangkan depan perempuan tadi dan pengurus besar yang berlagak itu. Suka sangat merendah-rendahkan orang. Naik moto best apa. Dapat angin kuat, lepas angin pun orang tak dengar.

Parlimen 'panas' sebelum Hadi bentang RUU355

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mempersilakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) untuk membacakan usul RUU355. 

Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) bagaimanapun mencelah dan mendakwa bahawa rang undang-undang persendirian yang difailkan olehnya telah ditolak oleh speaker.

Kemudian, Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) menyoal mengapa usul Hadi diberi keutamaan berbanding usul pembangkang yang lain.

Pandikar bagaimanapun menjelaskan bahawa kerajaan telah meminta supaya usul Hadi diberi keutamaan, dan bahawa Hadi telah meminta untuk menangguhkan usul itu selepas memindanya.

"Saya hanya mengikuti Peraturan Mesyuarat," kata Pandikar.

Menurutnya, ‘tangannya terikat’ apabila ini membabitkan Peraturan Mesyuarat, kerana adalah hak eksekutif untuk membuat sebarang pindaan kepada Peraturan Mesyuarat.

Beliau berkata jika kerajaan mempunyai perjanjian dengan mana-mana pembangkang untuk mempercepatkan usul mereka, maka beliau akan akur.

Lee menyoal Pandikar akan membuat pemerintah sama ada usul Hadi akan dibaca sebagai usul atau rang undang-undang ahli persendirian.

Pandikar menjelaskan bahawa usul Hadi adalah untuk memohon kebenaran supaya rang undang-undang itu dibacakan.

Bakal Suami Menghilang Di Hari Pernikahan. 3 Bulan Berlalu Aku Dapat Berita Yang MENGEJUTKAN !!!

“Majlis perkahwinan lagi berbaki 1 minggu saja lagi, Kad jemputan sudah diedarkan, mak andam, katering pelamin baju semua sudah ditempah dan dibayar, family , BERITA SELANJUTNYA DI SINI....

Bakal Suami Menghilang Di Hari Pernikahan. 3 Bulan Berlalu Aku Dapat Berita Yang MENGEJUTKAN !!!


“Majlis perkahwinan lagi berbaki 1 minggu saja lagi, Kad jemputan sudah diedarkan, mak andam, katering pelamin baju semua sudah ditempah dan dibayar, family yang lain sudah ada yang bermalam di rumah saya untuk majlis yang dinantikan oleh keluarga saya, malam berinai, yang cukup² membuatkan jiwa saya jadi kacau air mata berlinang tak henti² sebab rombongan pengantin lelaki yang sepatutnya datang ke kampung saya tapi masih belum muncul, 

 

 Ya Allah… lagi beberapa jam majlis akad nikah, inai di jari kaki dan tangan sudah pun merah, pelamin nikah indah siap diruang tamu rumah dengan lampu malap nampak romantik, keluarga sibuk bergotong royong didapur untuk majlis akad nikah esok hari.
Hati sudah menjadi tak tentu arah, saya hubungi tunang tapi malangnya hp off, pakcik dan makcik tunang saya langsung tak nak jawab panggilan saya, dalam hati saya dah yakin dia tidak akan datang ke majlis saya. Majlis akad nikah akan diadakan selepas waktu zohor, yaa betul sangkaan saya, mereka tidak datang, Ya Allah swt,menangis sedih ketika itu bukan disebabkan saya tidak jadi kahwin tetapi sedih melihat mak bapak ahli keluarga dan adik beradik saya yang sepatutnya gembira tetapi bertukar sedih hampa kecewa dan malu.

Tanpa berpikir panjang seawal pukul 7 pagi saya kumpulkan ahli keluarga terdekat saya gagahkan diri beritahu mereka yang si lelaki tidak akan datang, mak dan ayah saya cepat² batalkan majlis sanding yang sepatutnya di buat didewan yang telah di tempah, termasuk pelamin, katering, mak andam dan juga photographer, dalam masa yang sama saya sangat² tidak tahu menahu apa sebab dia tak nak hadirkan diri walhal perbelanjaan kahwin semua dia yang berikan, ketika bertunang family dia datang membawa duit belanja kahwin dan juga hantaran bertunang.

 

 Saya bersyukur walaupun dalam keadaan begini family masih rasional dan mereka beranggapan si lelaki sudah beristeri sebab tu tidak munculkan diri, majlis ditukar dengan kenduri kesyukuran. ahli keluarga semua bersimpati pada saya, tidak kurang juga ada yang menghina dan mencemuh saya seolah2 saya yang bersalah😢. Saya masih waras, saya masih sayangkan keluarga saya, tidak terpikir untuk membunuh diri atau melarikan diri kerana saya sangat² yakin pasti ada hikmah dsebalik semua ini.
Selang seminggu si lelaki menghubungi saya, bermacam² alasan yang dia beri, family saya yakin pasti ada perkara yang dia sorokkan, dengan cara baik family putuskn tali pertunangan dengan tunang saya melalui panggilan telefon dengan cara yang baik, ramai juga yang menyuruh ayah saya untuk failkan saman, tapi ayah dan mak enggan dan mereka yakin pasti ada balasan yang lagi setimpal yang akan dia perolehi selepas ini.

3 bulan selepas kejadian tersebut saya terima panggilan dari seorang perempuan, memaki, menghina dan mencaci saya dengan kata² kesat, saya pelik hairan bin tekejut, kenapa saya kena maki hamun tiba², saya dengan tenang membaca semua caci maki perempuan tersebut, rupa²nya dia isteri kedua kepada bekas tunang saya, dia tuduh saya merampas suami dia, dalam keadaan tu, saya nak gelak dan nangis pun ada😂, bukan apa dia tuduh saya rampas padahal saya tak jadi kahwin pun dan saya tidak tahu menahu pun yang dia sudah beristeri dua dan mempunyai anak seorang berusia 1 bulan .


Saya mangsa penipuan, oleh lelaki penipu yang bersumpah bahawa dia bujang, kalau perempuan lain maybe boleh jadi gila sebab tak jadi kahwin. Selepas isteri dia dah puas maki hamun saya, saya send semua bukti² gambar pertunangan, majlis rewang, pelamin nikah inai dan persiapan kahwin yang lain terutama sekali kad jemputan kahwin, tak cukup dari tu semua bukti² resit pembayaran/perbelanjaan persiapan kahwin saya send dengan isteri dia, tekejut tak terkata si isteri, saya jelaskan dengan nada yang lembut tanpa berkasar walau sedikit pun saya faham perasaan dia sebagai perempuan, saya slowtalk dengan dia agar dia tidak salah faham dengan situasi saya, alhamdulillah dia terima dengan baik, dan dia sedia bermadu dengan saya katanya dia yakin saya perempuan yang baik untuk suami dia tapi “Oh Tak Mungkin” cukup dengan apa yang bekas tunang buat pada saya dengan keluarga saya, cukup² memalukan saya.

Dipendekkan cerita, kawan saya telah send keratan akhbar pada whatpapps saya, tekejut juga bila saya terbaca akhbar tu, si lelaki telah ditangkap polis kerana menipu tak perlu la saya aibkan apa penipuan yang telah dia buat sehingga dimuat naik dalam surat khabar tak kurang juga diviralkan di facebook, keluarga saya menadah tangan tanda syukur pada Allah swt akhirnya dia terima balasan atas apa yang telah dia lakukan selama ini, dalam kegembiraan tersebut mak n adik saya menangis melihat wajahnya yang terpampang di surat khabar, walaupun masih marah tapi…….”

Sayu !!! Masih Ingat ROSMUNIRA Bekas Isteri Suami SITI N0RDIANA ???

Masih ingat Rosmunira isteri kepada arwah Faizal Yusop bekas suami Siti Nordiana, inilah cerita terbarunya dengan Siti Nordiana??
BERDAMAI!!! Siti Nordiana & Rosmunira Hapus Dendam Selepas Kematian Faizal
Penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 27, yang sebelum ini begitu kecewa dengan keruntuhan rumah tangganya dengan pelakon Faizal Yusop, 33, mengakui tidak lagi menyimpan dendam terhadap isteri bekas suaminya, Rosmunira Rashid, 27.

Siti Nordiana mengaku sebelum ini hatinya pernah terluka kerana perpisahan itu sehingga menganggap Rosmunira sebagai penyebab keruntuhan rumah tangganya.

Bagaimanapun, selepas kematian Faizal pada 1 Januari lalu, perasaan tersebut hilang, sebaliknya berubah menjadi simpati.

Sebelum ini saya beranggapan buruk kepada dia (Rosmunira) dan tidak pernah terfikir untuk berbaik. Namun ketika kali pertama berjumpanya di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) pada hari kematian Faizal, perasaan tersebut bertukar menjadi simpati.

Segala yang saya fikirkan tentang dia selama ini lain sama sekali. Saya menganggap penderitaan dia yang kehilangan suami ketika sedang mengandung lebih perit daripada saya yang diceraikan ketika anak sedang membesar, ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

 

 Pelakon Mohd Faizal Yusop meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam pada 1 Januari lalu kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Rosmunira yang sedang mengandung 5 bulan dan seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu dengan Siti Nordiana iaitu Muhammad Rayyan Nakhaie, yang kini berusia 2 tahun 9 bulan.

Siti Nordiana berkata, hubungan dia dan balu Allahyarham menjadi lebih akrab selepas peristiwa sedih itu dan menganggap kejadian tersebut memberi satu hikmah buat mereka.

Bila saya fikir sudah setahun saya bercerai dan mengapa perlu menyimpan perasaan marah terhadap orang lain.

Anak dalam kandungan Rosmunira juga adik kandung kepada Rayyan. Dia juga melayan saya dengan baik walaupun kami tidak pernah berjumpa sebelum ini.

Sekarang ini kami sering berhubung melalui telefon dan SMS untuk mengetahui keadaan masing-masing. Dia juga meminta kebenaran saya untuk menjaga Rayyan beberapa hari bagi mengisi kesunyian dan kerinduan terhadap Allahyarham, katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, sebelum meninggal dunia, Allahyarham meminta mereka berdua agar berbaik.

Rosmunira ada beritahu saya sebelum meninggal dunia, Faizal pernah banyak kali meminta agar kami dapat berbaik dan tidak lagi berdendam, katanya.

Sementara itu, ketika ditanya tentang riak wajahnya yang dikatakan kelihatan seolah-olah tidak begitu sedih pada hari kematian tersebut, dia memberitahu tidak mampu untuk menangis lagi.

Saya sangat sedih sehinggakan tidak mampu lagi untuk mengeluarkan air mata. Ketika Allahyarham nazak saya berada di sisinya. Namun begitu saya juga tidak mahu anak saya lihat saya terus berkeadaan begitu.

Rayyan sendiri bertanya kepada saya mengapa semua menangis di hadapan ayahnya, katanya.

Sayu !!! Masih Ingat ROSMUNIRA Bekas Isteri Suami SITI N0RDIANA ???

Masih ingat Rosmunira isteri kepada arwah Faizal Yusop bekas suami Siti Nordiana, inilah cerita terbarunya dengan Siti Nordiana?? BERITA SELANJUTNYA DI SINI.....

Persenda PM: Najip Ali diberi tempoh hingga Jumaat

PERSONALITI Singapura, Najip Ali perlu memohon maaf .Beliau diberi tempoh  sehingga Jumaat ini, dan akan membuat laporan polis jika Najip gagal berbuat demikian.Itulah Amaran yang dilontarkan oleh ketua..... BERITA SELANJUTNYA DI SINI....

Persenda PM: Najip Ali diberi tempoh hingga Jumaat

PERSONALITI Singapura, Najip Ali perlu memohon maaf kepada rakyat Malaysia berikutan kenyataannya yang  menghina dan mempersendakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sebuah rancangan hiburan di Singapura.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi berkata persatuan itu memberikan tempoh sehingga Jumaat ini, dan akan membuat laporan polis jika Najip gagal berbuat demikian.

"(Jika Najip enggan memohon maaf) Kami juga cadangkan supaya Najip disekat daripada membuat penampilan dalam rancangan televisyen Malaysia," katanya selepas menghadiri Program Kajian Insan 'Khazanah Seni Negara' yang dirasmikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, di sini hari ini.

Najip Ali ketika ini menjadi juri tetap sebuah program lawak di saluran Astro.

Baru-baru ini, stesen penyiaran Mediacorp 5 milik Temasek Holdings menerusi program 'OK Chope!' dalam episod ke-26 program itu dilihat telah mempersendakan dan menghina perdana menteri.

Dalam rancangan itu, peserta diminta melengkapkan ayat: "Najib slams ... for threatening Malaysia's progress". Para peserta program itu termasuk Najip, memberikan pelbagai jawapan yang dilihat menghina dan mempersendakan perdana menteri. 

 

Lelaki Ditemui Maut Dalam Lori Akibat Penat Bekerja

Seorang lelaki berumur 53 tahun yang juga merupakan penghidap kanser ditemui mati di dalam lori kontena yang dibawanya. 


Menurut laporan portal on.cc, kejadian tersebut berlaku di Hong Kong pada kira-kira tiga pagi kelmarin. Dipercayai, punca kematian mangsa berkemungkinan besar disebabkan terlampau penat bekerja. 


Dilaporkan juga, setelah mengetahui berita kematian lelaki itu, saudara-mara yang masih bersedih turut menyuarakan kemarahan kerana lelaki itu berdegil ingin bekerja keras walaupun mengetahui dirinya tidak sihat. 


Namun demikian, lelaki itu terpaksa bekerja keras untuk menjalani rawatan penyakit kansernya sebelum ini ditambah pula desakan hidup yang semakin mencabar.

Aidil Aziz Terkesan Dakwaan Kes Dadah

Kita sedia maklum, sebelum ini pelakon Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Abdul Aziz telah ditahan bersama dua lagi rakannya atas dakwaan mengedar dadah jenis ganja dan memiliki senjata berbahaya. 

Bagaimanapun beliau akhirnya dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM4000. 


Dalam satu kenyataan terbarunya, Aidil mendedahkan bagaimana isu tersebut memberi kesan besar kepada kariernya. 


Menurut beliau, nama baiknya tercemar hingga memaksanya untuk mengambil cuti sementara daripada dunia hiburan. Masa yang ada kini ditumpukan kepada perniagaan yang dijalankan. 


Saya telah menerima pelbagai tomahan daripada orang ramai selepas keluar daripada penjara. Perkara yang terjadi ini telah memberi kesan terbesar kepada kerjaya seni saya sebagai seorang selebriti. Jadi buat masa sekarang saya mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada industri dan memberikan fokus kepada perniagaan yang sedang dijalankan. Saya juga perlu bercampur dengan orang-orang yang positif supaya dapat terus maju pada masa yang akan datang. Saya percaya rezeki itu ada di mana-mana.


Kenyataan tersebut dibuat Aidil ketika ditemui di majlis pengenalan jersi bola sepak MASC di The Garage, Kuala Lumpur, baru-baru ini.