"Berhijab Satu Kesilapan..Tak Fikir Panjang Pakai Tudung" - Pengakuan Sara Ali

Sara Ali merupakan pelakon yang telah berhijab. Namun baru-baru ini ada tersebar foto pelakon ini yang kembali tidak bertudung.

Petang ini satu press conference telah diadakan untuk menerangkan isu ini dari pihak Sara Ali sendiri.

Sara Ali akui kini telah kembali free hair dan tidak lagi bertudung.

Ini komen kepada wartawan Astro gempak apabila ditanya tentang hal ini:

"Pada awalnya, keputusan saya mengenakan hijab tahun lalu tidak didorong oleh keputusan sendiri. Saya terikut-ikut dengan sebuah perniagaan yang bersifat keagamaan.

"Namun begitu, saya mengaku yang perubahan tersebut merupakan keputusan saya. Saya sendiri yang buat kesilapan, saya sendiri yang tak berfikir panjang sebelum mengenakan hijab.

"Selepas 10 bulan, saya rasakan yang keputusan saya buat tidak betul. Saya kembali membuka hijab pada Oktober tahun lalu.

"Saya tak mahu jadi hipokrit, lebih-lebih lagi jika hal yang berkaitan agama. Saya akui, ini salah saya," 

"Keputusan yang lakukan ini merupakan kekhilafan saya. Saya yang bersalah.

"Jadi saya tidak mahu ada yang menyalahkan pihak lain, terutamanya ibu bapa. Biarlah saya menanggungnya.

"Saya sendiri tidak menutup ruangan komen di Instagram dan menerima sahaja apa kritikan dan pandangan orang dengan hati terbuka kerana saya tahu semuanya salah saya," 

Ini pula pengakuannya secara live di laman media sosial pada petang tadi.

Jom baca pengakuannya:

KEMBALI FREE HAIR

"Apa yang Sara nak bagitahu memang bukan something yang patut dibanggakan pun

"Sara ambil masa untuk fikirkan, Sara tak nak hide perkara ini lagi.

"Keputusan telah dibuat. Bukan dibuat atas satu keputusan tetapi telah berbincang dengan keluarga, talent agensi, orang dalam industri dan juga reporter.."

BINCANG DENGAN PARENTS

"Tiada parent yang bangga dengan keputusan seperti ini apatah lagi beragama Islam

"Parent saya  dibelakang saya seratus peratus, walaupun mereka tidak bersetuju tetapi mereka terpaksa akur dengan keputusan ini.

"Benda ini bukan senang.."

"Keputusan dibuat bukan kehendak Sara tetapi atas sesuatu.."

"It doesn't give me peaceful pleasure about last year. Hidup jadi tak tenang sangat, tidur pula tak lena..Mula nak diamkan saja, sampai bila Sara nak hidup macam keadaan Sara sendiri macam 'this is not how you should do it...'

"Setahun Sara fikir, ingat boleh buat tapi sepertinya tidak sebab Sara buat bukan kerana Allah..'

BERAPA LAMA DAH FREE HAIR

"Dah lama dah... kalau saya tak selesa, its not me..I cant be hypocrite..I felt guilty.."

"Apa yang Sara belajar setahun yang lepas, bila Sara keluar bawa imej bertudung, it doesnt fell right when you do it not for you, but something else.."

"Sara tahu apa yang Sara buat ni bukan benda yang bagus..Sara tak nak menipu lagi.."

IMPAK KEPADA KERJAYA

"Memang akan ada impak negatif..tetapi kalau ia menjejaskan karier saya, saya tak boleh buat apa.."

"It was my mistake..sepatutnya saya guna akal saya sendiri dan tidak berfikir..baru sekarang saya tersedar."

"Saya tak tahu bagaimana dia akan memberi impak kepada karier saya."

KATA AKHIR

"Kepada fans, saya meminta maaf kerana tak menjadi diri sendiri..saya dah cuba buat yang terbaik..tetapi saya buat (bertudung) kerana sebab lain...saya tak suka hidup, esok bangun rasa bersalah"

"Kalau korang semua appreciate me because of my talent then follow me.."

"Saya terima sahaja kata-kata anda yang positif dan negatif semuanya saya ambil.."

"Tahun lepas really bad..I need your support.."

Itulah kata kata dan penjelasan dari pelakon Sara Ali.