Apa yang aku mahu luahkan ini sudah lama aku pendamkan. Cuma selama ini, aku mencari tempat dan medium yang sesuai untuk aku meluahkan dan supaya bagi masyarakat sedar dan jangan memandang rendah pada orang lain.
Kisah aku macam ini
Aku seorang wanita, nama dan umur aku biarlah aku rahsiakan. Aku bekerja sebagai Pegawai Koordinator Akaun dan Jualan di sebuah syarikat swasta dan aku pergi balik kerja menggunakan motosikal.
Sepanjang aku bekerja. Aku ini jenis yang malas mahu ambil tahu pasal orang lain yang pergi kerja naik apa, kereta apa, motor apa. Lantaklah mereka kerana ini hak masing-masing. Tetapi, adalah seorang perempuan ini di pejabat aku, aku tidak tahulah apa masalah di. Cuma aku nak tanya koranglah, hina sangatkah seorang perempuan pergi kerja naik motor? Aku bukan tidak mampu untuk membeli kereta, aku mampu. Cuma aku ada banyak tanggungan seperti mak ayah, adik beradik aku. Bagi aku, selagi ada motosikal, pakai sajalah asalkan mudah untuk kau bergerak.
Perempuan di pejabat aku itu, selalu tanya aku
“Eh, kenapa u taknak beli kereta? Eh u naik motor ke hari ini?”
Ayat sinis tahu tak. Dia kalau boleh, hari-hari mahu tanya aku pergi kerja naik apa. Lepas itu cakap seperti sindir-sindir aku. Weh, kau pun pakai kereta suami kau, kau lagi ada hati mau berlagak. Sampai boss aku pernah tanya aku, tanya dengan nada yang eloklah sama ada aku sudah punya kereta. Lepas itu, belum sempat aku mahu menjawab, perempuan itu yang tolong jawabkan sambil tergelak-gelak sinis dengan memberitahu boss yang aku tidak ada kereta dan hanya menaiki motosikal untuk ke pejabat.
Selalu aku rasa seperti mahu menangis saja masa itu. Hina sangatkah kalau aku naik motor? Aku bukan minah rempit. Aku naik motor sebab mahu pergi kerja dan sebab aku tidak miliki kenderaan lain. Aku bukan tidak mampu beli kereta. Aku sudah mampu, tetapi aku lebih pentingkan ibu bapa dan adik beradik aku. Aku sedih sangat orang buat aku macam ini. Dulu, masa aku praktikal di Nilai pun sama juga kena layan seperti ini.
Pernah kena gelak
Sama aku praktikal tahun lepas, ada sorang lelaki Melayu berpangkat Pengurus Besar di tempat kerja aku. Sama bangsa dengan aku. Ye, aku tahu di bergaji besar, hidup mewah. Miliki rumah besar, kereta besar.
Dia tanya aku datang kerja naik apa. Aku pun jawablah dengan jujur yang aku datang ke tempat kerja denagan menaiki motosikal. Korang tahu tidak apa respon dia? Dia gelakkan aku. Dia siap cakap yang anak dia sebaya aku pun sudah mampu miliki kereta sendiri walaupun masih lagi belajar. Dia cakap aku bawa motor kapcai. Padahal motor aku lawa kot cuma tiada bumbung.
Kau lain, aku lain
Aku sudah menggigil masa itu, terasa seperti mahu marah sangat-sangat. Terasa seseolah mahu beritahu dia yang anak dia lain, aku lain. Anak dia tidak pernah hidup susah, lahir-lahir sudah jadi kaya sebab kau bergaji besar. Aku datang dari keluarga yang sederhana dan pernah merasa susah. Sekurang-kurangnya aku bukan mengemis dari orang lain. Tiga bulan selepas taman latihan praktikal, aku telah ditawarkan pekerjaan oleh tempat kerja aku itu disebabkan prestsi kerja praktikal aku bagus. Aku terpaksa tolak tawaran itu dengan memberikan alasan yang aku sudah mendapat tawaran kerja di tempat lain. Sebenarnya aku benci sangat kepada orang tua itu yang memperlekehkan aku. Korang tawar gaji besar pun aku tidak akan masuk kerja di situ lagi.
Doktor pun pergi tempat kerja naik motosikal
Sampai sekarang, aku masih tidak boleh melupakan apa dia cakap pada aku. Walaupun setahun sudah berlalu, tetapi benda itu masih segar di dalam ingatan aku. Aku ada perasaan juga. Memanglah kau orang atasan aku, tetapi bukan alasan kau boss kau boleh hina aku.
Aku cuma mahu mengingatkan, janganlah kau hina orang-orang yang naik motosikal ke tempat kerja ini. Memang kami naik motor, tetapi tidak menyusahkan sesiapa pun. Itu harta kami. Seperti kau, harta kau kereta, harta kamu pula motosikal. Tolonglah, jaga hati orang lain. Jangan ingat yang naik motosikal ini semuanya merempit.
Satu lagi, jangan cakap ikut sedap muluh saja. Jangan sampai aku beli kereta nanti, aku tayangkan depan perempuan tadi dan pengurus besar yang berlagak itu. Suka sangat merendah-rendahkan orang. Naik moto best apa. Dapat angin kuat, lepas angin pun orang tak dengar.