Eh, come on la.. Kalau asyik kerja je, bila masanya korang nak have fun dan spend masa berkualiti dengan yang tersayang kan? So, kali ini korang perlu tekad untuk laksanakan misi 7 trip kasi redah ke lokasi yang bak kata orang putih ‘hidden gems’ di Malaysia ni!
Apa lagi, jomlah check all the list dengan geng trip kasi redah korang!
1) Berfoto persis Salar De Uyuni di Sasaran Kuala Selangor
Tahu tak Salar De Uyuni tu apa? Ia merupakan salt flat terbesar di dunia yang terletak di Bolivia yang mana akan terhasil imej pantulan apabila korang berdiri di atasnya.
Tapi, korang tau tak yang korang boleh dapatkan foto se’cun’ di Salar De Uyuni hanya di perkampungan nelayan bernama Sasaran Kuala Selangor?
2) Nikmati kejernihan Sungai Bangang… Ya, anda tak salah baca. Memang Sungai Bangang..
Confirm korang akan teruja lihat kejernihan air di sini! Memang permata tersembunyi sangat okay. Macamana nak sampai sini? Untuk sampai ke Sungai Bangang ini, pendakian akan bermula di Hutan Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun iaitu kira-kira 100 km dari Kuala Terengganu dan 30 km dari Bandar Al-Mukhtafibillah Shah melalui Jalan Jabor – Jerangau.
3) Maldives? Eh, pergi Pulau Besar, Mersing pun dah cukup power!
Malas lah nak cakap banyak, tapi korang tengok jelah kecantikan Pulau Besar, Mersing ni! Baik korang redah sini dulu sebelum tempat ni di komersilkan sebab kami yakin bila dah ramai orang datang, view mesti dah tak sama.
4) Trip kasi redah ke Gua Batu Maloi? Why not!
Mesti ramai tak tahu mengenai Gua Batu Maloi ni kan? Gua Batu Maloi ialah gua granit yang terletak di kawasan lembah di pertengahan dua puncak gunung di penghujung Banjaran Titiwangsa iaitu Gunung Datok dan Gunung Tampin. Ia terbentuk dari tindihan batu-batu besar yang tergolek jatuh dari gunung ganang berdekatan.
5) Ber’canopy walk’ di FRIM Kepong
Nak buat trip kasi redah yang chill-chill sikit tapi still awesome? Nah, korang boleh hiking, berbasikal, jalan di canopy walk dan mandi sungai di FRIM Kepong ni. Oh ya, jangan lupa untuk nikmati pemandangan pepohon hijau di sini yang sangat mendamaikan!
6) Plan trip kasi redah ke Pulau Bohey Dulang di Sabah! kasi boleh je bah..
Buat kaki-kaki instagram tegar, kami sangat yakin yang korang bakal memenuhkan memori smartphone korang untuk mengambil foto di sini. Malah, pengikut instagram korang pasti dijamu berpuluh-puluh keping selfie dengan background laut biru di Bohey Dulang, Sabah ni