Walaupun pada asalnya majlis aqiqah anak perempuan mereka, Putri Sara
Sefhia dirancang oleh bekas suami, namun selepas bercerai pada tahun
lalu hasrat itu dilunaskan oleh Elly Mazlein sendirian
tanpa bantuan bekas suami, Azmi Hatta. Pada majlis itu juga, Azmi
dikatakan tidak menghadirkan diri biarpun memberikan respon ketika
dijemput.
“Saya sudah lama berhasrat untuk mengadakan majlis ini tetapi baru
sekarang ada ruang dan rezeki. Saya uruskan persediaan seorang diri.
Sebenarnya, majlis ini dirancang oleh bapa Sefhia. Malangnya, sehingga
Sefhia berusia 11 bulan, masih belum ada khabar berita mengenai
perancangan tersebut. Jad, biarlah saya selesaikannya sendiri”
“Dia sendiri tidak menghadirkan diri di majlis ini. Saya sudah
memaklumkan menerusi laman sosial Instagram. Sepatutnya dia tahu
mengenai perkara ini tetapi tiada sebarang respon dari bekas suami,”
katanya kepada portal Astro Gempak berhubung perkara tersebut.
Tidak lagi mengenang kisah yang lalu, Elly turut memaklumkan dirinya
sudah bersedia membuka hatinya semula untuk bercinta. Malah dalam masa
yang sama, ada juga desas-desus mengatakan pelakon ini sedang hangat
bercinta dengan seorang jejaka yang masih tidak diketahui identitinya.