Walaupun pada asalnya majlis aqiqah anak perempuan mereka, Putri Sara Sefhia dirancang oleh bekas suami, namun selepas bercerai pada tahun lalu hasrat itu dilunaskan oleh Elly Mazlein sendirian tanpa bantuan bekas suami, Azmi Hatta. Pada majlis itu juga, Azmi dikatakan tidak menghadirkan diri biarpun memberikan respon ketika dijemput.
“Saya sudah lama berhasrat untuk mengadakan majlis ini tetapi baru sekarang ada ruang dan rezeki. Saya uruskan persediaan seorang diri. Sebenarnya, majlis ini dirancang oleh bapa Sefhia. Malangnya, sehingga Sefhia berusia 11 bulan, masih belum ada khabar berita mengenai perancangan tersebut. Jad, biarlah saya selesaikannya sendiri”
“Dia sendiri tidak menghadirkan diri di majlis ini. Saya sudah memaklumkan menerusi laman sosial Instagram. Sepatutnya dia tahu mengenai perkara ini tetapi tiada sebarang respon dari bekas suami,” katanya kepada portal Astro Gempak berhubung perkara tersebut.
Tidak lagi mengenang kisah yang lalu, Elly turut memaklumkan dirinya sudah bersedia membuka hatinya semula untuk bercinta. Malah dalam masa yang sama, ada juga desas-desus mengatakan pelakon ini sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka yang masih tidak diketahui identitinya.