Akhirnya! Jep dan sari yanti bernikah pada 25/2/2017.
PETALING JAYA: Selepas berteka-teki dan bermain tarik tali mengenai hubungan mereka, pelakon Sari Yanti, 33, dan pelawak, Jep Sepahtu, 32, mengejutkan peminat apabila bernikah di Dewan Mercu Mustapha Kamal, di sini, pagi tadi.
Media yang dapat menghidu majlis itu, mula menunggu di dewan berlangsungnya pernikahan sejak awal pagi tetapi dilarang masuk.Penganjur turut mengawal ketat pintu masuk dewan utama sambil memberitahu media tidak dibenarkan membuat liputan.
Ia adalah perkahwinan kedua pelakon jelita yang terkenal dengan drama Kisah Kaisara itu. Sari berpisah dengan bekas suaminya, Mohd Eddy Casmadi pada 11 Disember 2014. Mereka dikurniakan dua anak, Barr Al Aly dan Basit Al Haq.Majlis pernikahan tertutup ini turut dihadiri rakan artis seperti Wan Sharmila, Angah Raja Lawak, Azhael, Nazim Othman, Syazwan Zulkifly dan Abby Fana.