Semalam gempar di media sosial apabila seorang banduan dikatakan lolos untuk bertemu dengan ibunya. Admin turut sayu baca kisah itu. Tapi kisah sebenarnya lain sedikit. Tidak seperti yang ceritakan di media sosial.
Lari selepas dijatuh hukum.
Sebenarnya, pesalah ini larikan diri dari Mahkamah Majistret di Segamat selepas dijatuh hukum penjara 7 bulan akibat kes berkaitan dadah. Dia ditahan semula lepas setengah jam lari di kawasan belukar berdekatan rumahnya.Ketika kejadian terdapat tiga anggota polis pengiring yang menggarinya bersama enam pesalah lain. Namun dia meloloskan diri dan lari melalui pintu hadapan mahkamah.
Menurut polis lagi, pesalah mampu meloloskan tangan dari gari disebabkan saiz pergelangan tangan kanan agak kecil. Akibat kesan kecederaan kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu.Rumah pesalah ni cuma dua kilometer dari mahkamah. Tapi walau macam mana pon, ibu si pesalah tetap mendakap anaknya dengan penuh kasih sayang. Walau apa pon salah kita buat, ibu tetap terima kita seadanya. Semoga kisah ini jadi teladan untuk kita menjadi anak yang baik.