TIADA angin tiada ribut tiba-tiba beberapa keping gambar seorang wanita Melayu yang juga Ahli DAP, saudari Dyana Sofya sedang merokok disebarkan oleh blogger dan cybertrooper Umno di internet.
Difahamkan, ketika Dyana Sofya sedang menghisap rokok, gambarnya telah diambil secara curi-curi oleh individu tertentu lalu menyebarkannya di internet terutamanya di laman sosial facebook.
Gambar itu kemudiannya menjadi viral di laman sosial, dan sedang rancak disebarkan di dalam pelbagai group di facebook.
Tidak jelas apa isu yang cuba diketengahkan dengan penyebaran gambar tersebut, namun dakwa mereka, sebagai seorang wanita Melayu, yang pernah menjadi calon DAP, di Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya tidak patut menghisap rokok di tempat awam.
Jika benar mereka mahu mengetengahkan isu bahawa wanita Melayu tidak patut merokok di tempat awam, aku tidak menyokong dan tidak juga membantah.
bagi aku betul juga kata netizen, berbalik kepada agama, kita patut menjaga tingkah laku di tempat umum. semua orang ada hak dan pandangan masing2. ada pula bagimana?