Fiza Elite telah tampil membuat satu kenyataan tentang beas suaminya Adam AF.Pelakon dan penyanyi ini terpaksa memohon agar bekas suaminya itu agar membuat pembayaran kad kredit yang tertunggak.
Dia juga menuntut bayaran edah dan mutaah seperti yang dipersetujui mereka.Dikatakan nama Fiza hampir disenarai hitam kerana tunggakan dari Adam.
Ini penjelasan Fiza Elite:
“Ketika berpisah, Adam bersetuju untuk memberikan nafkah edah RM1,500 selama tiga bulan, selain bayaran mutaah RM3,000 yang diberikannya secara sukarela. Pelbagai ayat manis yang dijanjikan, tetapi semuanya tinggal janji”
“Transaksi kad kredit itu dilakukan sepanjang kami hidup bersama. Saya mempunyai bukti bertulis termasuk perbualan kami di aplikasi WhatsApp selain penyata kad kredit. Hanya 6 kali Adam melunaskan pembayaran dan kali terakhir pada November tahun lalu,”
“Saya pernah terbaca, percubaannya sebagai pengusaha sabun menjadi, tetapi kenapa begitu liat untuk membayar hutang? Adam sering memperlihatkan imej “alim” tetapi apa yang dilakukannya bertentangan”
“Selama menjadi isterinya, saya sering dituduh jahat dan cuba mengikis duitnya. Bukan mahu memburukkannya, tetapi ketika berkahwin dulu, Adam tidak mengeluarkan wang sesen pun,” Itulah pendedahan Fiza tentang bekas suaminya, Adam AF.