kalau kata 'bodoh' marah- Panjat signboard 'Ipoh', kumpulan remaja akan disiasat


IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan menjalankan siasatan terhadap sekumpulan remaja yang memanjat papan tanda gergasi Ipoh yang viral di laman sosial.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man berkata, MBI tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak memanjat papan tanda tersebut kerana ia amat berbahaya dan berisiko tinggi.



Katanya, ia bukan sahaja membahayakan nyawa individu yang memanjat struktur papan tanda itu tetapi melibatkan keselamatan pengguna jalan raya iaitu Jalan Kuala Kangsar yang sangat sibuk.
"Struktur yang didirikan itu bukan untuk menampung beban tambahan seperti berat individu-individu tersebut dan sekiranya selepas ini berlaku sebarang insiden yg melibatkan perkataan 'IPOH' tersebut tumbang dan menimpa pengguna-pengguna jalan raya, pihak MBI ingin menegaskan bahawa ia berkemungkinan besar berpunca daripada pencerobohan yang dilakukan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini.

 "MBI akan menjalankan siasatan terhadap sekumpulan remaja tersebut dan akan membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan keras dikenakan terhadap individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini serta akan mengambil tindakan di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme yang mana hukumannya adalah denda atau penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Tembok Besar China, Di Sebalik Kemegahannya Tersimpan 1001 Rahsia..

Sebut sahaja tembok besar China, minda kita secara automatik akan ingat monumen kemegahan tinggalan sejarah yang terletak di negara China.
Tapi ramai tak antara kita yang tahu akan di sebalik terbinanya Tembok Besar China ni? Nak tahu serba sikit cerita dan mitos yang misteri pasal ‘tembok’ ni? Meh sini..



1. Kenapa tembok perlu dibina?


Menurut kajian sejarahwan dunia, tembok ini dibina semasa zaman pemerintahan Qin Shi Huang (Shi Huang Ti) bagi melindungi tahan jajahannya daripada pihak musuh dan pertama kali mewujudkan pembangunan dinding pertahanan itu menjadi Tembok Besar China sepanjang 2.414 km.
Rancangan tembok ini disempurnakan pada zaman Dinasti Ming dan terjadilah tembok seperti yang korang nampak hari ni.


2. Panjang-Lama-Unik?

 Ramai antara kita yang kurang peka dengan panjang sebenar Tembok besar China ni adalah 5500 Miles (8851.392 km) bukan 3900 Miles (6276.442 km).Tembok yang hebat ini mengambil masa 10 tahun untuk dibina dengan menggunakan banyak tenaga kerja. Wah! satu masa yang lama tu.

 

3. Bahan binaan bercampur rangka manusia?

 

Mengikut cerita mitos yang kita selalu dengar, bahan yang digunakan untuk membina tembok besar ini dihasilkan dengan menggunakan rangka manusia, dan ada juga yang percaya masyarakat pada waktu itu menggunakan beras pulut dan putih telur sebagai ejen pelekat (simen) antara bongkah batu.
Sebenarnya semua andaian tersebut tidak boleh disangkal kerana sejarahwan bersetuju, masyarakat pada waktu itu hanya  menggunakan bahan ada pada waktu itu.


4. Tembok boleh dilihat dari bulan?

 

Ha! ada juga yang berpendapat, Tembok Besar China ni boleh dilihat dari bulan. Sebenarnya, mustahil untuk melihat dari bulan tetapi imej tembok ini pernah dirakam menerusi setelit.
Kalau dilihat dengan mata kasar, tembok besar ini nampak seperti sehelai rambut yang halus je.


5. Mitos misteri Taotie.


Setiap masyarakat mempunyai mitos dan kepercayaan mereka yang tersendiri. Bagi masyarakat pada waktu itu, mereka percaya merupakan Taotei merupakan satu semangat yang melambangkan ketakutan dan sangat berkuasa.
Memiliki wajah yang menakutkan, Taotie dianggap sangat kejam dan ganas oleh masyarakat pada ketika itu. Namun ada yang beranggapan, Taotie ni sebagai satu simbol yang melindungi mereka daripada semangat jahat.
Jadi, jika diamati dan diteliti, sebenarnya kewujudan Taotie masih lagi menjadi satu misteri sehingga ke hari ini.


6. The Great Wall adaptasi cerita sebenar?


Bukan mudah sebenarnya nak buat movie yang berkisarkan sejarah yang unggul tau. Menerusi filem The Great Wall  ni, korang boleh saksikan keindahan budaya dan misteri pembinaan Tembok Besar China ni.
Nak tahu bagaimana kesatuan pada ketika itu melindungi tanah jajahan mereka daripada serangan musuh (Taotie), saksikan The Great Wall yang bakal ditayangkan pada 29 Disember 2016 nanti di pawagam berhampiran korang.

 

30 Gambar Rasmi Rumah Flinstone Milik Sultan Johor Yang Serius Buat Kami Terpegun!

Nampaknya Rumah Flinstone milik Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrhim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sudah pun siap sepenuhnya. Jika sebelum ini kita hanya melihat beberapa foto ‘Istana Flinstone’ tersebut yang belum siap sepenuhnya tersebar di internet, kali ini kami nak kongsikan lebih 30 gambar rasmi oleh Johor Southern Tigers.
Memang cantik dan lain dari yang lain! Terletak di Mersing Johor.









Pengalaman ‘Ngeri’ bila sewakan rumah kepada "MENTAL" , Serius Sakit Hati Baca!

Merayu nak masuk awal

 

Air tak bayar api tak bayar

 Tak nak keluar rumah

Jamal Serbu Pusat Judi di Ampang Pula -

AMPANG JAYA - Selepas menyerbu pusat perjudian di Sekinchan, Datuk Seri Jamal Yunos hari ini bertindak menyerbu pusat judi di Ampang pula.

Sinar Online melaporkan, pengerusi Gerakan NGO Malaysia itu bersama dengan pengikutnya melakukan 'serbuan' ke atas dua unit premis judi di Taman Kosas petang tadi.

BH Online melaporkan, Jamal bersama kira-kira 100 pengikutnya dalam serbuan kira-kira jam 3.45 petang di jalan Kosas 1 itu.

Serbuan itu dikatakan membuat beberapa pengunjung yang leka bermain mesin judi dalam talian dan penjaga kedai terkejut.

Jamal berkata, pemeriksaan dengan membawa media itu dilakukannya bagi menunjukkan aktiviti tidak bermoral yang berlaku di Selangor.

"Berdasarkan pemantauan saya, didapati sekurang-kurangnya 400 premis perjudian wujud di sekitar Ampang dan mempunyai lesen diberikan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)," katanya

Jangan Kaitkan Saya Dan Qi Lagi– Nelydia Senrose

Pelakon cantik dan jelita, Nelydia Senrose sudah lama putus cinta dengan Qi Razali. Kata orang, kisah putus cinta mereka itu sudah “basi” dan ada yang sudah enggan ambil tahu mengenai perkara berkenaan.


Namun, baru-baru ini ada beberapa pihak mengatakan mereka berdua sudah kembali bercinta dan tidak dinafikan segelintir peminat Nelydia ingin mengetahui kebenaran disebalik khabar angin tersebut.
Menurut Nelydia, beliau dan Qi sememangnya sudah putus cinta dan cerita mereka kembali bersama tidak benar.  Namun, mereka masih mengekalkan hubungan baik hanya sebagai teman tanpa perasaan cinta.


Kami sudah putus! Muktamad. Tidak perlu lagi mencanang cerita yang tidak benar. Sejujurnya, antara kami sudah tiada apa-apa. Walaupun hubungan kami masih baik tapi itu hanyalah sebagai teman semata-mata.
Saya belajar daripada pengalaman untuk tidak mahu lagi mencanang tentang kisah cinta. Saya lebih suka mendiamkan diri. Jadi mungkin bila tiada kata putus daripada mulut kami berdua, orang mula mencetuskan spekulasi sendiri. Apa yang pasti, saya dan si dia sudah tiada apa-apa.

Kalau ada teluq... - Kecik Dedah Perkara Sebenar & Ini Yang Berlaku

 

Jodoh kita bersama hanyalah sampai di sini sahaja.

 Setelah selama lebih setahun Kecik berkarya bersama Hyper Act, jodoh kita bersama hanyalah sampai di sini sahaja. Kecik ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang telah banyak diberi oleh semua. Perjalanan dunia seni Kecik tak akan berhenti di sini kerana ianya hanya baru bermula. Kecik harap semua akan terus menyokong dan doakan kejayaan Kecik demi mencari rezeki di dunia seni yang amat Kecik sayangi.

 Kekuatan Hyper Act bukan nya terletak di tangan penyanyi. Tak kisah siapa yg menyanyi. Cuba semua pikir. RONNIE start karier dgn SUNDAY kan? pastu bergerak solo, lepastu join kumpulan SLAM tapi RONNIE dikenali dgn band mana? Hyper Act kan? Yes. Sebab apa? Sebab ciptaan lagu. Tapi sekarang pun RONNIE masih lagi berjaya mengibarkan sayapnya sebab apa? Sebab rezeki itu datangnya dari Tuhan bukan dari manusia. Tahniah RONNIE. Jujur saya cakap Hyper Act ini salah satu band di malaysia yg banyak menghasilkan lagu2 yg berkualiti. Antara lagu2 HYPER ACT yg famous “HANYA AKU” “HARAPAN” “KUTIBALAGI” “PASTI SEMPURNA” dan banyak lagi. Tak macam sesetengah lagu yg biasa kita dgr dia radio setiap hari tapi hanya famous sehari dua sahaja lepas tu tenggelam terus. Saya berjaya tempa nama di dalam industri pun disebabkan ciptaan lagu daripada FROZEN. “TAKKANPERGI” merupakan hasil karya FROZEN (komposer) yg sgt berjaya membuka mata pendengar2 di malaysia untuk membuktikan tanpa RONNIE EX VOKALIS pun HYPER ACT mampu untuk terus berkarya dan bertahan sampai ke hari ini.

 

 Di dalam hal ini saya rasa semua org salah faham dgn apa yg berlaku. HYPER ACT langsung tidak bersalah. Mereka lah yg memberi peluang untuk saya menggalas tanggungjawab sebagai VOKALIS. HYPER ACT byk membantu saya, dari segi nyanyian, penguasaan pentas, cara bercakap dan mcm2 lagi. Walaupun tugas ini terlalu berat buat saya tapi alhamdulillah saya berjaya memikul tugas ini selama lebih setahun. Jodoh,takdir dan pertemuan ini ketentuan ilahi. Kita hanya merancang tuhan menentukan. Ahli ahli HYPER ACT semua tidak bersalah. Masalah ini berpunca daripada hal peribadi saya dgn FROZEN. Saya bergaduh mulut dgn dia masa bulan september. Selepas itu saya diharamkan masuk ke studio daripada bulan SEPTEMBER sampai lah tarikh saya umumkan keluar dari HYPER ACT. Show2 dari bulan SEPTEMBER hingga DISEMBER semuanya saya praktis sendiri tanpa HYPER ACT. Walaupun agak susah tapi saya kena hadap. Sbb ini jalan yg saya pilih. FROZEN tetap dgn ego dia xnak memaafkan saya. Saya cuba untuk berjumpa minta maaf tapi dia xnak sbb dia berpegang dgn jati diri dia “Sudah diludah xkan dijilat balik” . Tak salahkan dia.

Komen panas peminat untuk adi putra! adi putra membalas.....


Tentu anda semua tahu baru-baru ini ada dakwaan mengatakan rumah tangga Adi Putra bersama isteri keduanya sedang bermasalah. Berita itu mendapat perhatian ramai apatah lagi laporan akhbar yang menyebarkan berita itu memberitahu isteri kedua Adi sebenarnya sudah keguguran.




Masih belum menjelaskan apakah berita itu benar ataupun tidak, Adi telah “diserang” seorang wanita yang menggunakan nama Zarin Bakariah. Wanita itu dengan melampaunya telah menyentuh hal berkaitan rumah tangga Adi termasuk soal zuriat.
Malah, wanita itu juga menuduh Adi sebagai seorang suami yang dayus dan melabelkan isteri pertama Adi iaitu Aida Yusof seorang yang hipokrit.

Berang dengan tindakan wanita berkenaa, Adi telah memuat naik status di Instagramnya dan membidas komen wanita itu dengan tegas.
Bersabarlah Adi, dalam seribu manusia pasti akan ada satu yang mempunyai perangai melampau seperti ini. Mereka dengan mudah menghakimi seseorang tanpa mengetahui cerita sebenar. Mulut manusia kita tidak boleh tutup.

Che Ta Tayang Rumah Baru Beli?

Jika sebelum ini Che Ta pernah dihalang keluar negara kerana tidak menjelaskan bayaran cukai, baru baru ini melalui muatnaik gambar di Instagram, pelakon dan usahawan wanita ini berkongsikan gambar sebuah banglo mewah.

“Di mana kita bermula itu tidak penting, tetapi apa yang kita buat disepanjang perjalanan dan dimana penghujungnya itu adalah sangat penting,” tulisnya di caption Instagram. Mungkin ayat tersebut bunyinya macam copy paste dari internet, namun ia juga mungkin membawa seribu satu makna buat Che Ta.
Sementara itu di bahagian komen pula, selain penuh dengan iklan promosi Instagram masing masing, ada juga peminat Che Ta yang memuji dengan keupayaan selebriti ini memiliki rumah berkenaan yang terletak di Kota Damansara.

Sekitar Sambutan Hari Jadi Anak Kedua Che Ta

Seperti biasa Rozita Che Wan sentiasa meraikan majlis bersama keluarga dengan meriahnya, tetapi mungkin kali ini sedikit berbeza kerana mereka sekeluarga menyambutnya di dalam negara. Semalam pula telah berlangsung dengan meriahnya sambutan ulangtahun kelahiran anak lelaki kedua beliau, Aniq Ezzra yang diadakan di hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

 Umum mengetahui Che Ta sememangnya sering memberikan hadiah mewah kepada anaknya didalam apa saja majlis yang diraikan, bagaimanapun kali ini Che Ta tidak mendedahkan hadiah yang diberikan sempena hari jadi Aniq. Semalam, menerusi laman Instagram mereka sekeluarga kelihatan segak dan cantik sedondon menggayakan busana berwarna coklat.

Rata-rata peminat memang teruja melihat gelagat Che Ta sekeluarga yang terkenal dengan penampilan yang gah, di samping majlis yang dilangsungkannya. Apa lagi dengan kehadiran Aaisyah yang comel memakai gaun berwarna coklat, sedondon dengan beg tangan yang digemarinya serta telatah beliau yang sentiasa mencuit hati

Dicabul....Wanita Dipukul Dengan Kayu Selepas Cuba Pertahankan Diri

UTTAR PRADESH – INDIA . Hanya kerana cuba mempertahankan dirinya daripada dicabul, seorang wanita telah dipukul dengan menggunakan kayu hingga mengalami kecederaan di bahagian kepala gara-gar oleh sekumpulan lelaki.

sebelum kejadian wanita berkenaan telah mendekati sekumpulan lelaki untuk bertanyakan arah untuk ke pasar.

Namun mereka dilihat tidak membantu mangsa, sebaliknya cuba merapatinya untuk mencabul dan menanggalkan dupatta yang digunakan untuk menutup kepalanya.

Abaili dilihat dia cuba bergelut untuk melepaskan diri dan juga mempertahankan dirinya, seorang lelaki yang tidak berpuas hati telah memukulnya dengan kayu sambil mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Video perbuatan sekumpulan lelaki berkenaan telah menjadi viral di seluruh dunia
Lelaki itu menghayunkan kayu sebanyak tiga kali dan akhirnya sempat ditahan oleh seorang lelaki lain yang turut berada dalam kumpulan itu.

Lelaki itu kemudiannya memberi isyarat kasar yang jelas mengarahkan wanita terbabit meninggalkan tempat kejadian.

Insiden tersebut disaksikan oleh orang ramai dan pihak berkuasa, namun tiada siapa tampil memberikan pertolongan.

Selain wanita itu, suaminya juga turut dipukul sementara anak perempuan mereka dibiar melihat seluruh kejadian di depan mata.



Dalam satu laporan polis telah mengesahkan sudah membuat tangkapan terhadap seorang suspek. Manakala individu yang lain disahkan kini diburu pihak berkuasa.

Lee Kwang Soo Buat ji hyo sebak

Seperti yang semua sudah tahu, rancangan popular Running Man akan berakhir pada tahun hadapan dan semestinya ia merupakan berita sedih buat peminat setia Running Man.
Baru-baru ini, Lee Kwang Soo menerima anugerah pencapaian terbaik pada Anugerah Hiburan SBS 2016.

 pa yang menjadi perhatian ialah ucapan Lee Kwang Soo yang membuatkan ahli Running Man yang lain rasa sedih dan sebak.


“Saya tidak tahu macam mana nak bagi ucapan. Terima kasih saya ucapkan kepada semua krew Running Man yang bekerja keras untuk menjayakan rancangan tersebut.
“Suk Jin banyak mengajar saya erti kehidupan, Jea Suk banyak membantu saya hingga ke hari ini, Jong Kook banyak membantu saya dari segi mental, Haha dah macam keluarga saya, Ji Hyo, Gary dan Joong Ki. Saya sayangkan anda semua.”

 Song Ji Hyo ternyata tidak dapat menahan air matanya.

Donna Muslim gelarkan rita rudaini...........


Pengacara Donna Muslim dan Rita Rudaini agak rapat sehingga ada yang mengatakan mereka cukup sesuai bersama sebagai pasangan bercinta.


Namun, baru-baru ini timbul sedikit salah faham dan perkara yang agak “akward” apabila Donna menggelar Rita sebagai Mak Janda  ketika membalas pertanyaan seorang kenalan mengenai video yang dimuat naik oleh Donna di Instagram. Perkara itu mengundang kemarahan peminat Rita dan Donna dihentam teruk oleh mereka.
Menurut Donna, beliau tidak berniat untuk menghina status Rita dan mengakui beliau merasa bersalah dengan apa yang berlaku.


Sejujurnya saya tak berniat nak menghina atau memperkecilkan status Rita. Tujuan saya membalas komen salah seorang kenalan wanita di laman Instagram itu adalah untuk membaiki soalan yang ditujukan kepada saya.
Tapi disebabkan saya menggunakan perkataan sama iaitu Mak Janda, jadi ia seolah-olah mengiyakan apa yang ditulis. Dalam hal ini, saya akui memang salah saya. Pada masa sama saya ralat apabila menggunakan perkataan itu bagi tujuan membalas komen.
Sedar perkara itu boleh menjejaskan hubungan beliau dan Rita, Donna telah segera membuat permohonan maaf kepada pelakon wanita itu dan menjelaskan perkara yang sebenar.



Selepas perkara ini kecoh diperkatakan, Rita ada menghantar paparan skrin komen saya. Disebabkan dia bertanya jadi saya memberi penjelasan. Saya pun meminta maaf.
Bukan apa, saya tahu perkara sebegini boleh merosakkan persahabatan kami. Cuma apa yang ingin saya katakan adalah kalau boleh peminat pun janganlah bersikap lebih-lebih.

 Dalam pada itu, Rita menyifatkan apa yang dikatakan oleh Donna itu agak kurang bijak. Sebagai seorang sahabat Donna tidak sepatutnya memperlekehkan statusnya sebagai ibu tunggal.

Kekayaan Datuk Aliff syukri.perghhh koleksi kereta mewah antaranya.........



Hasil usaha keras dalam perniagaan, usahawan muda Dato’ Aliff Syukri ataupun lebih dikenali dengan panggilan Dato Terlajak Laris tidak sabar untuk menanti rumah baharu beliau bernilai RM 20 juta yang bakal siap dibina dengan sentuhan ala Istana British.
Bahkan rumah baharu beliau ini antara rumah yang terbesar di sekitar Petaling Jaya.
Aliff pernah menolak permintaan pihak Astro sebanyak dua kali sebelum muncul dalam program berkenaan. Bukan niat ingin bermegah dengan kekayaannya, Aliff hanya ingin menjadi sumber inspirasi buat mereka diluar sana.
Apabila Astro telefon sebenarnya dua kali saya menolak sebab saya tak mahu dikatakan yang bukan-bukan. Tapi bila fikir balik, oklah saya terima dengan niat yang baik.
Namun secara jujurnya bukan senang saya nak jadi seperti sekarang.  Macam-macam perkara yang saya kena lalui.  Ingat lagi dulu, saya pernah terima ugutan bunuh, ada orang nak pukul saya, dan macam-macam atas pelbagai alasan.  Biasalah dalam bisnes kan.  Jangan tak tahu, yang benci dengan suara kepit saya pun ada.
Tapi saya tak pernah sakiti hati orang lain dan saya jujur dalam bisnes.  Alhamdulilah, sehingga hari ini berkat semua itu, saya ok dan tidak alami apa-apa.  Syukur.
Sudah lama bekerja keras, tentu sekali setiap insan mahu menikmati dan mencapai setiap impian mereka dalam sesuatu perkara. Jangan mudah cemburu dengan kejayaan orang lain, tetapi cuba bangkit dan usaha untuk mengubah hidup kita.

“We Can Do This Sayang!” Kisah sedih pasangan suami isteri!

 

Kisah Lelaki Ini Bantu Isterinya Harungi Kanser Tahap 4!

 Pemegang akaun twitter @Lailimarsitah memuatnaik status mengenai pasangan ini hingga mendapat lebih 4500 retweets. Ramai yang terkesan dengan cerita cinta sejati Kamal dan isterinya, Nik Idzni Dalila melalui foto-foto yang dimuatnaik oleh Kamal di akaun Instagramnya.

 Ketika itu Kamal menghadiri majlis graduasi isterinya, seorang graduan jurusan perubatan. Penyakit kanser yang dihidapi ternyata bukan halangan untuk meraih ijazah buat Idzni.

 Ketika itu Kamal dan Idzni pergi ke London untuk berjumpa doktor pakar sebelum menyambung rawatan susulan di Malaysia. Ternyata Idzni bukanlah beban bagi Kamal, sebaliknya anugerah yang diberikan kepada lelaki itu apabila berpeluang untuk berbakti serta mengharungi waktu-waktu sukar isterinya bersama-sama.

Hingga Ke Saat Akhir…