AMPANG JAYA - Selepas menyerbu pusat perjudian di Sekinchan, Datuk Seri Jamal Yunos hari ini bertindak menyerbu pusat judi di Ampang pula.
Sinar Online melaporkan, pengerusi Gerakan NGO Malaysia itu bersama dengan pengikutnya melakukan 'serbuan' ke atas dua unit premis judi di Taman Kosas petang tadi.
BH Online melaporkan, Jamal bersama kira-kira 100 pengikutnya dalam serbuan kira-kira jam 3.45 petang di jalan Kosas 1 itu.
Serbuan itu dikatakan membuat beberapa pengunjung yang leka bermain mesin judi dalam talian dan penjaga kedai terkejut.
Jamal berkata, pemeriksaan dengan membawa media itu dilakukannya bagi menunjukkan aktiviti tidak bermoral yang berlaku di Selangor.
"Berdasarkan pemantauan saya, didapati sekurang-kurangnya 400 premis perjudian wujud di sekitar Ampang dan mempunyai lesen diberikan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)," katanya