Tapi ramai tak antara kita yang tahu akan di sebalik terbinanya Tembok Besar China ni? Nak tahu serba sikit cerita dan mitos yang misteri pasal ‘tembok’ ni? Meh sini..
1. Kenapa tembok perlu dibina?
Menurut kajian sejarahwan dunia, tembok ini dibina semasa zaman pemerintahan Qin Shi Huang (Shi Huang Ti) bagi melindungi tahan jajahannya daripada pihak musuh dan pertama kali mewujudkan pembangunan dinding pertahanan itu menjadi Tembok Besar China sepanjang 2.414 km.
Rancangan tembok ini disempurnakan pada zaman Dinasti Ming dan terjadilah tembok seperti yang korang nampak hari ni.
2. Panjang-Lama-Unik?
Ramai antara kita yang kurang peka dengan panjang sebenar Tembok besar China ni adalah 5500 Miles (8851.392 km) bukan 3900 Miles (6276.442 km).Tembok yang hebat ini mengambil masa 10 tahun untuk dibina dengan menggunakan banyak tenaga kerja. Wah! satu masa yang lama tu.
3. Bahan binaan bercampur rangka manusia?
Mengikut cerita mitos yang kita selalu dengar, bahan yang digunakan untuk membina tembok besar ini dihasilkan dengan menggunakan rangka manusia, dan ada juga yang percaya masyarakat pada waktu itu menggunakan beras pulut dan putih telur sebagai ejen pelekat (simen) antara bongkah batu.
Sebenarnya semua andaian tersebut tidak boleh disangkal kerana sejarahwan bersetuju, masyarakat pada waktu itu hanya menggunakan bahan ada pada waktu itu.
4. Tembok boleh dilihat dari bulan?
Ha! ada juga yang berpendapat, Tembok Besar China ni boleh dilihat dari bulan. Sebenarnya, mustahil untuk melihat dari bulan tetapi imej tembok ini pernah dirakam menerusi setelit.
Kalau dilihat dengan mata kasar, tembok besar ini nampak seperti sehelai rambut yang halus je.
5. Mitos misteri Taotie.
Memiliki wajah yang menakutkan, Taotie dianggap sangat kejam dan ganas oleh masyarakat pada ketika itu. Namun ada yang beranggapan, Taotie ni sebagai satu simbol yang melindungi mereka daripada semangat jahat.
Jadi, jika diamati dan diteliti, sebenarnya kewujudan Taotie masih lagi menjadi satu misteri sehingga ke hari ini.
6. The Great Wall adaptasi cerita sebenar?
Bukan mudah sebenarnya nak buat movie yang berkisarkan sejarah yang unggul tau. Menerusi filem The Great Wall ni, korang boleh saksikan keindahan budaya dan misteri pembinaan Tembok Besar China ni.
Nak tahu bagaimana kesatuan pada ketika itu melindungi tanah jajahan mereka daripada serangan musuh (Taotie), saksikan The Great Wall yang bakal ditayangkan pada 29 Disember 2016 nanti di pawagam berhampiran korang.