Jika disebut nama Lan Pet Pet atau nama sebenarnya Mazlan Ahmad pasti kita akan teringat akan lawaknya buat peminat tidak kering gusi, pandai membuat bunyi-bunyian seperti trompet menambahkan identitinya yang tersendiri.
Lan dalam satu sidang media menyeru orang ramai bersama-sama berkongsi rasa duka dengan penduduk Aleppo yang masih dibelenggu krisis perang
Menurut Lan Pet-Pet, jika ditakdirkan dia perlu ke Syria, dia akan rela kerana memikirkan tanggungjawabnya bukan saja sebagai penghibur sebaliknya penganut Islam.
“Bila cakap pasal Islam, saya bukan fighter tapi lover, saya bukan pejuang tapi penyayang,
"Kalau Malaysia nak hantar diri saya ke sana (Syria), saya halalkan diri saya ke sana," katanya pada sidang media khas di Restoran Line Clear Kampung Baru, Kuala Lumpur hari ini.
“Saya selalu muncul di televisyen, selalu buat lawak, tapi dalam keadaan macam ini, lebih baik saya beri (bantuan) cara ikhlas, dari hati ke hati, tolong antara satu sama lain," katanya.
"Pada usia yang semakin bertambah ini saya tidak lagi memikirkan soal glamor."
"Ramai orang sokong kempen ini, jadi mengapa saya tidak boleh sokong? Kalau boleh, kita sama-sama menderma kepada rakyat Syria.”
“Kalau orang kaya, dia boleh menderma (wang ringgit) sebab hartawan, tapi Allah bagi saya kelebihan iaitu tiupan tangan yang mengeluarkan bunyi trumper. Dengan tiupan saya hiburkan semua orang."
“Orang tengah makan pun saya bawa tabung pergi minta sedekah. Sebab saya dah janji dengan Allah nak bantu dengan bakat yang saya ada untuk bantu masyarakat,” katanya.