Donna Muslim gelarkan rita rudaini...........


Pengacara Donna Muslim dan Rita Rudaini agak rapat sehingga ada yang mengatakan mereka cukup sesuai bersama sebagai pasangan bercinta.


Namun, baru-baru ini timbul sedikit salah faham dan perkara yang agak “akward” apabila Donna menggelar Rita sebagai Mak Janda  ketika membalas pertanyaan seorang kenalan mengenai video yang dimuat naik oleh Donna di Instagram. Perkara itu mengundang kemarahan peminat Rita dan Donna dihentam teruk oleh mereka.
Menurut Donna, beliau tidak berniat untuk menghina status Rita dan mengakui beliau merasa bersalah dengan apa yang berlaku.


Sejujurnya saya tak berniat nak menghina atau memperkecilkan status Rita. Tujuan saya membalas komen salah seorang kenalan wanita di laman Instagram itu adalah untuk membaiki soalan yang ditujukan kepada saya.
Tapi disebabkan saya menggunakan perkataan sama iaitu Mak Janda, jadi ia seolah-olah mengiyakan apa yang ditulis. Dalam hal ini, saya akui memang salah saya. Pada masa sama saya ralat apabila menggunakan perkataan itu bagi tujuan membalas komen.
Sedar perkara itu boleh menjejaskan hubungan beliau dan Rita, Donna telah segera membuat permohonan maaf kepada pelakon wanita itu dan menjelaskan perkara yang sebenar.



Selepas perkara ini kecoh diperkatakan, Rita ada menghantar paparan skrin komen saya. Disebabkan dia bertanya jadi saya memberi penjelasan. Saya pun meminta maaf.
Bukan apa, saya tahu perkara sebegini boleh merosakkan persahabatan kami. Cuma apa yang ingin saya katakan adalah kalau boleh peminat pun janganlah bersikap lebih-lebih.

 Dalam pada itu, Rita menyifatkan apa yang dikatakan oleh Donna itu agak kurang bijak. Sebagai seorang sahabat Donna tidak sepatutnya memperlekehkan statusnya sebagai ibu tunggal.