Ketika ini, tidak kami nafikan nama pelakon Fattah Amin sedang dikritik dan dikecam gara-gara gosip mengatakan beliau “curang” dengan Neelofa bersama seorang pelakon wanita kacukan. Disebabkan hal itu, hubungan beliau dan Neelofa berantakan. Ini sekaligus memusnahkan impian peminat mereka yang selama ini berharap agar Fattah dan Neelofa mempunyai jodoh bersama sehingga ke jinjang pelamin.
Terbaru, Fattah yang sedar dirinya sedang dihimpit kontroversi hangat, menganggap apa yang berlaku adalah salah satu ujian bergelar selebriti dan ketika ini ia adalah satu ujian hebat buat dirinya.
Pada pandangan saya setiap selebriti yang melalui fasa peningkatan akan setiasa diuji. Setiap orang akan melalui ujian berbeza dan waktu ini adalah waktu saya diuji. Apa-apa pun saya percaya untuk menjadi orang yang hebat dugaannya pasti hebat. Saya mohon semua peminat terus doakan saya terus kuat untuk melalui proses ini.Hmmph, agak sukar untuk tahu perkara sebenar dan isu akan berpanjangan juga jika Fattah Amin tidak mahu beterus-terang. Tidak mengapalah, mungkin Fattah ingin menjaga hati beberapa pihak lain