Bahana typo satu perkataan dalam status Twitter yang dimuatnaik oleh Zulin Aziz, sampai sekarang pelakon ini dijadikan bahan jenaka di laman sosial. Dalam status Facebook sebelum ini, Zulin telah menjelaskan bahawa dia sengaja menulis ‘angkat nikah’ kerana ia merupakan slang orang utara menyebut akad nikah.
Dah explain macam tu pun netizen masih lagi tidak henti-henti membahan si Zulin ni. Yang tak best bukan setakat bahan tapi sampai tahap kena kutuk dan kecam benda-benda yang tak ada kaitan dengan typo. Siap kaitakan dengan fizikal Zulin semasa berbadan gempal dan juga kurus.
Kurus salah, gemuk pun salah. Dalam status baru yang dimuatnaik ke Facebook beberapa jam lalu, Zulin meluahkan rasa ‘alah bisa tegal biasa’ terhadap kecaman orang. Everyone has their own limits, adakah tahap kesabaran Zulin juga telah mencapai hadnya gara-gara isu ini?