kalau saya pakai coli atau tak, ia tetap akan kelihatan begitu



Hadir ke sebuah majlis anugerah dengan memakai gaun panjang tidak berlengan baru-baru ini, Raysha Rizrose nampaknya dikritik hebat apabila tampil seksi bersama kakaknya, Nelydia Senrose. Walaupun menerima pelbagai dakwaan pedas seperti tidak memakai coli, Raysha tidak kisah dengan kritikan peminat yang cuba menasihatinya untuk berpakaian sopan.

 “Baju itu pun pilihan kedua kerana gaun yang patut saya gayakan rupanya agak sempit. Maka, saya terpaksa pilih gaun terbabit di saat akhir,” katanya kepada Harian Metro mengenai penampilannya bersama Nelydia Senrose sewaktu menghadiri Anugerah Skrin (ASK 2016).
Terdahulu, Nelydia telah memuat naik sekeping gambar beliau dan adiknya ketika menghadiri Anugerah Skrin 2016 (ASK 2016). Gambar yang diambil di karpet merah acara itu menunjukkan Raysha memakai gaun berwarna hitam, berlengan sebelah manakala Nelydia pula memakai gaun ketat berwarna kelabu juga tidak berlengan serta menampakkan bentuk badan.

Bagaimanapun gambar berkenaan mengundang kemarahan orang ramai yang mula mengkritik penampilan seksi dua beradik ini yang dilihat keterlaluan untuk seorang beragama Islam. Mungkin kerana tidak tahan dengan kritikan pedas peminat, Nelydia dikatakan telah menutup ruangan komen di laman sosial, Instagram selepas memuat naik gambar tersebut.