Dibuli Kerana Kulit Gelap, Kini Senyum Lebar Kerana..........



PARIS - PERANCIS. - Ketika dia masih kecil, gadis yang berasal dari Senegal ini sering dibuli kerana kulitnya yang sangat gelap.

Namun, gadis tersebut, Khoudia Diop kini boleh dilihat tersenyum di papan muka majalah-majalah popular kerana dia dipilih menjadi model dek kerana tona kulitnya yang unik itu.

"Saya sering diejek ketika kanak-kanak kerana warna kulit saya," kata Khoudia yang kini berusia 19 tahun.

"Namun saya belajar untuk menyayangi diri sendiri setiap hari dan tidak memberi perhatian kepada orang yang mempunyai pemikiran negatif dan ia sangat membantu," katanya.
 Selain menjadi model, Khoudia juga turut menggunakan popularitinya di media sosial untuk memberi inspirasi kepada wanita lain.

Menceritakan kisah hidupnya, Khoudia berkata dia berpindah dari Senegal ke Perancis pada usia 15 tahun. Dia kemudian menjadi model dua tahun kemudian pada usianya 17 tahun.

Minggu lalu, beberapa foto remaja ini mula viral dikongsi di Twitter, Instagram dan Facebook.

Sejak gambarnya mula viral, jumlah pengikutnya mencecah 280,000 dan kini mengunakan kemasyurannya untuk memberi inspirasi kepada orang lain untuk menyukai wana kulit sendiri dan berusaha untuk meningkatkan kepelbagaian dalam industri kecantikan.

"Kita perlukan kepelbagaian warna kulit dalam industri kecantikan dan saya mahu memberi inspirasi kepada wanita muda.

"Saya mahu mereka tahu bahawa mereka boleh lakukan apa yang mereka impikan dan tidak menjadikan warna kulit sebagai penghalang," ujarnya.

Khoudia kini bekerja sebagai model di New York dan Paris.