Mempunyai rupa paras seakan Nora Danish, pasti ramai golongan lelaki kacak di luar sana menggilai wanita ini. Mengakui banyak lelaki yang cuba mendekatinya, lebih-lebih lagi golongan dari VIP, Ruhainies terpaksa menolaknya kerana merasakan belum bersedia.
“Sekarang ini masa untuk diri sendiri pun tidak ada, inikan pula nak bercinta. Saya akui memang banyak lelaki yang cuba mendekati dan mahu menjalin hubungan termasuk golongan dari VIP, tetapi saya menolak dengan baik. Bukan tak mahu, tapi buat masa sekarang saya belum bersedia”
Orang selalu kata saya terlalu memilih, tapi sebenarnya tidak. Saya tidak pernah menetapkan sebarang syarat, cukuplah sekadar lelaki itu menghormati saya, ibu bapa dan juga boleh membimbing saya ke jalan yang lebih baik. Selebihnya saya hanya berserah kepada jodoh,” jelasnya kepada Harian Metro berhubung dengan perkara berkenaan. Sebelum ini, Ruhainies pernah dikaitkan dengan seorang pelakon, Azrel Ismail selepas jejaka itu tampil mendedahkan mereka mempunyai hubungan cinta sejak setahun dulu. Bagaimanapun sejauh mana kebenaran hubungan terbabit tidak diketahui kerana Ruhainies sendiri tidak membuka mulut mengenainya dan memaklumkan dirinya kini masih solo.