Ganjaran besar nanti Faiz

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membayangkan untuk memberi ganjaran khas buat Mohd Faiz Subri apabila jaringan pemain Pulau Pinang itu kini tersenarai dalam tiga calon akhir untuk menerima anugerah Puskas 2016.
Timbalan Presiden FAM Datuk Seri Afandi Hamzah (gambar kecil) berkata, jaringan yang dikatakan ‘melanggar hukum fizik’ daripada Faiz itu bukan saja mengharumkan nama negara di persada antarabangsa malah ia menunjukkan kepada dunia bahawa anak tempatan juga memiliki keupayaan setanding pemain hebat dari benua lain.
Jelasnya, FAM bersedia untuk memberi ganjaran setimpal di atas usaha pemain kelahiran Air Itam, Pulau Pinang itu yang beliau percaya jaringan berkenaan terhasil daripada kerja keras tonggak tengah terbabit.

“Mengenai ganjaran, FAM bersedia membincangkan cadangan itu dalam mesyuarat akan datang kerana kejayaan Faiz bukannya hadir dengan mudah.