Semasa kemunculan sulung menerusi drama ‘Playboy Itu Suami Aku’, lakonannya dikritik. Hari ini, dia jadi kegilaan jutaan wanita Malaysia!
NAMA
Fattah Amin masih segar di pentas seni tanah air. Meski kelibatnya masih belum mampu mencetuskan fenomena, namun dia bertekad untuk memperbaiki mutu lakonan yang dikatakan ‘kayu’ oleh peminat dan pengkritik suatu ketika dahulu. Usaha gigih tanpa kenal erti jemu membuahkan hasil apabila dia berjaya membuktikan lakonannya semakin baik menerusi drama
Cinta Ibadah.
Siapa sangka hari ini, namanya menjadi sebutan ramai apabila keberkesanan lakonannya dalam drama popular
“Suri Hati Mr. Pilot” membuat semua wanita jatuh cinta akan watak yang dibawa oleh Fattah Amin. Sejak itu, namanya mula meniti di bibir peminat. Ya, berbekalkan
susuk tubuh sasa dan wajah sedap mata memandang,
Fattah Amin kini membuat kejutan!
Aktiviti masa lapang?
Buat pengetahuan, kini lakonan menjadi kerjaya saya sepenuh masa. Jika tidak berlakon, saya
gemar bersukan dan menonton filem untuk memperbaiki mutu lakonan. Saya sentiasa cuba untuk mengasah
skill lakonan dan teknik bina karakter.
Idola dalam lakonan?
Saya meminati lakonan Leonardo DiCaprio. Justeru, dia saya jadikan rujukan dalam memperbaiki mutu lakonan. Pada pandangan saya, DiCaprio begitu mudah menghayati watak berbeza dan sangat berbakat
Impikan untuk menjadi hero?
Siapa yang tidak mahu galas tanggungjawab sebagai watak utama? Jawapannya sudah tentu ya, namun saya dahagakan watak-watak yang lebih mencabar misalnya berlagak lasak dalam filem-filem aksi.
Jika bukan bergelar pelakon?
Saya mungkin jadi
ahli perniagaan. Sekarang ini pun saya telah tubuhkan sebuah pusat latihan kesihatan di Kuala Lumpur. Doakan saya berjaya ya!
Fakta ‘cool’ mengenai Fattah?
Anak sulung, pemalu, pendiam dan
introvert!Namakan selebriti yang anda kagumi?
Ariana Grande. Saya suka akan kelunakan lontaran suaranya, buat saya jatuh cinta, hehehe...
Janji temu pertama?
Oh, ini kisah lama! Kami
dating ketika di bangku sekolah menengah iaitu sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Cinta monyetlah katakan!