Kalau ada teluq... - Kecik Dedah Perkara Sebenar & Ini Yang Berlaku

 

Jodoh kita bersama hanyalah sampai di sini sahaja.

 Setelah selama lebih setahun Kecik berkarya bersama Hyper Act, jodoh kita bersama hanyalah sampai di sini sahaja. Kecik ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan yang telah banyak diberi oleh semua. Perjalanan dunia seni Kecik tak akan berhenti di sini kerana ianya hanya baru bermula. Kecik harap semua akan terus menyokong dan doakan kejayaan Kecik demi mencari rezeki di dunia seni yang amat Kecik sayangi.

 Kekuatan Hyper Act bukan nya terletak di tangan penyanyi. Tak kisah siapa yg menyanyi. Cuba semua pikir. RONNIE start karier dgn SUNDAY kan? pastu bergerak solo, lepastu join kumpulan SLAM tapi RONNIE dikenali dgn band mana? Hyper Act kan? Yes. Sebab apa? Sebab ciptaan lagu. Tapi sekarang pun RONNIE masih lagi berjaya mengibarkan sayapnya sebab apa? Sebab rezeki itu datangnya dari Tuhan bukan dari manusia. Tahniah RONNIE. Jujur saya cakap Hyper Act ini salah satu band di malaysia yg banyak menghasilkan lagu2 yg berkualiti. Antara lagu2 HYPER ACT yg famous “HANYA AKU” “HARAPAN” “KUTIBALAGI” “PASTI SEMPURNA” dan banyak lagi. Tak macam sesetengah lagu yg biasa kita dgr dia radio setiap hari tapi hanya famous sehari dua sahaja lepas tu tenggelam terus. Saya berjaya tempa nama di dalam industri pun disebabkan ciptaan lagu daripada FROZEN. “TAKKANPERGI” merupakan hasil karya FROZEN (komposer) yg sgt berjaya membuka mata pendengar2 di malaysia untuk membuktikan tanpa RONNIE EX VOKALIS pun HYPER ACT mampu untuk terus berkarya dan bertahan sampai ke hari ini.

 

 Di dalam hal ini saya rasa semua org salah faham dgn apa yg berlaku. HYPER ACT langsung tidak bersalah. Mereka lah yg memberi peluang untuk saya menggalas tanggungjawab sebagai VOKALIS. HYPER ACT byk membantu saya, dari segi nyanyian, penguasaan pentas, cara bercakap dan mcm2 lagi. Walaupun tugas ini terlalu berat buat saya tapi alhamdulillah saya berjaya memikul tugas ini selama lebih setahun. Jodoh,takdir dan pertemuan ini ketentuan ilahi. Kita hanya merancang tuhan menentukan. Ahli ahli HYPER ACT semua tidak bersalah. Masalah ini berpunca daripada hal peribadi saya dgn FROZEN. Saya bergaduh mulut dgn dia masa bulan september. Selepas itu saya diharamkan masuk ke studio daripada bulan SEPTEMBER sampai lah tarikh saya umumkan keluar dari HYPER ACT. Show2 dari bulan SEPTEMBER hingga DISEMBER semuanya saya praktis sendiri tanpa HYPER ACT. Walaupun agak susah tapi saya kena hadap. Sbb ini jalan yg saya pilih. FROZEN tetap dgn ego dia xnak memaafkan saya. Saya cuba untuk berjumpa minta maaf tapi dia xnak sbb dia berpegang dgn jati diri dia “Sudah diludah xkan dijilat balik” . Tak salahkan dia.